14 October 2014

[GILA] ~IBU JALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN LELAKI WARGA NEPAL DAN DI TIKAM~

[GILA] ~IBU JALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN LELAKI WARGA NEPAL DAN DI TIKAM~






Gambar hiasan
KULIM - Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi tadi.

Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.

"Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan tikaman dengan senjata tajam di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja dengan wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 42 tahun itu sejak akhir-akhir ini.


SUMBER

No comments:

Post a Comment