30 September 2014

[PANAS] ~13 FOTO HOTZ TERKINI PELAKON ZUL ARIFFIN & AYDA JEBAT MCM LAKI BINI~TERBAIK DR LADANG~

[PANAS] ~13 FOTO HOTZ TERKINI PELAKON ZUL ARIFFIN & AYDA JEBAT MCM LAKI BINI~TERBAIK DR LADANG~


Nampaknya demam drama Rindu Awak 200% masih belum tamat lagi. Baru-baru ini Zul Ariffin dan Ayda Jebat dilihat telah hadir bersama-sama ke sebuah majlis yang berkaitan dengan kereta kebangsaan, Proton.

Kehadiran mereka berdua telah menjadi tumpuan ramai lebih-lebih apabila melihat kemesraan yang dipamerkan. Berpegangan tangan, berpeluk pinggang dan bertepuk tampar, Zul dan Ayda tampak seperti pasangan kekasih.

Adakah mereka berdua masih menghayati watak masing-masing dalam drama Rindu Awak 200% atau sememangnya Zul dan Ayda mempunyai perasaan sayang sesama sendiri? Yang pasti, mereka berdua memang ‘matching’ yang amat.




Gambar-gambar yang diambil oleh peminat mereka ini jelas menunjukkan kemesraan. Para peminat sendiri tampaknya merestui sekira mereka mempunyai hubungan lebih daripada sekadar kawan. Kebanyakan peminat melahirkan rasa teruja.

Apa kata anda? Sesuaikah sekiranya Zul dan Ayda benar-benar bercinta? Bak pinang dibelah dua kan? Lagi beberapa gambar bintang drama Rindu Awak 200% ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Terima kasih kepada para peminat yang menjadi paparazi penuh gaya untuk menangkap aksi mereka berdua. Tulisan artikel milik penuh Blog beautifulnara


































SUMBER

[SEDIH] 6 FOTO ~WANITA TERPAKSA HIDUP MERANA~

[SEDIH] 6 FOTO ~WANITA TERPAKSA HIDUP MERANA DAN AKHIRNYA.....~



Manthrie Dewage Karunawathi adalah seorang wanita 59 tahun wanita dari Galewela Seri Langka, telah dielak orang ramai dan ditempatkan di sebuah tempat yang berjauhan dengan orang awam, maksud Karunawathi adalah "Wanita Penyayang", Beliau mengalami sejenis penyakit yang jarang ada pada manusia, iaitu bakteria pemakan daging yang memakan separuh daripada wajah beliau hinggah ke bawah tulang. Penyakit ini menyebabkan beliau kehilangan telinga, biji mata dan kulit di bahagian pipi menyebabkan deria penglihatan dan pendengaran beliau rosak. muka beliau kelihatan benar-benar seperti zombie, Inilah yang dikatakan sebagai manusia "Real Life Two Face."



















SUMBER
#ALHAMDULILLAH..

[BANGSAT] VIDEO ~SI BANGSAT POLIS, RELA, JPAM ROKET WANITA BARU HABIS PANTANG~KANTOI-JD VIRAL

[BANGSAT] VIDEO ~SI BANGSAT POLIS, RELA, JPAM ROKET WANITA BARU HABIS PANTANG~KANTOI-JD VIRAL



Tiga lelaki masing-masing merupakan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita warga asing beberapa hari yang lepas.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 pagi, mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.

Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes terpencil namun apabila video memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut menjadi viral ramai orang mula memperkatakan tentangnya.

Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi keselamatan negara ini.

Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-udang yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa baru dua bulan melahirkan bayi. Sudahlah begitu, telefon bimbit dan wang RM60 wanita malang itu pun dicuri sekali!

         SILA CLICK VIDEO DIBAWAH



SUMBER

[TERBAIK] ~4 FOTO HOT ~AWEK CUN DI BANDAR KECIL BRAZIL RAYU LELAKI PERAK DATANG MEMINANG MEREKA~ =)

[TERBAIK] ~4 FOTO HOT ~AWEK CUN DI BANDAR KECIL BRAZIL RAYU LELAKI PERAK DATANG MEMINANG MEREKA~ =)


Sebuah bandar kecil di Brazil yang keseluruhnya terdiri dari perempuan muda 'cantik' telah membuat kenyataan untuk para lelaki-lelaki tunggal (single) datang memilih salah satu dari mereka sebagai teman wanita atau isteri di bandar yang penuh peraturan yang dikuasi oleh para wanita.

Bandar Noiva do Cordeiro, di tenggara Brazil, mempunyai populasi 600 orang yang sepenuhnya perempuan yang bekerja sebagai petani, lelaki yang telah berusia 18 tahun keatas diarahkan angkat kaki dari bandar itu dan beberapa orang suami sahaja hanya dibenarkan pulang ke bandar itu pada hujung minggu.




Dan sementara itu mungkin terdengar sempurna untuk beberapa orang, para remaja perempuan di bandar itu semakin kecewa dengan ketiadaan lelaki - dan telah merayu untuk para lelaki bujang yang memenuhi syarat untuk melangkah ke depan.


"Aku belum mencium seorang lelaki untuk masa yang lama," Nelma Fernandes, 23, penjelasan kepada laman Mirror.
"Kita semua bermimpi jatuh cinta dan berkahwin. Tapi kami suka tinggal di sini dan tidak mahu meninggalkan bandar ini untuk mencari suami."
Bandar ini mula di buka pada tahun1890-an, dan ketika seorang perempuan muda bernama Maria Senhorinha de Lima dan keluarganya dipulaukan oleh gereja Katolik tempatan kerana dituduh berbuat zina.

Perlahan-lahan, semakin banyak perempuan tunggal dan para ibu bergabung dengan komuniti itu. Pada 1940, seorang pendeta Anisio Pereira memperistri seorang perempuan muda berusia 16 tahun dan mendirikan gereja di komuniti itu.




Namun, pendeta Anisio kemudian menerapkan aturan ketat, iaitu melarang penduduk minum minuman keras, mendengar muzik, memotong rambut, atau menggunakan alat perancang keluarga.




Ketika pendeta Anisio meninggal dunia pada 1995, para wanita ini memutuskan untuk tidak lagi membiarkan lelaki menentukan kehidupan mereka. Salah satu perkara pertama yang mereka lakukan adalah membubarkan organisasi keagamaan yang dianggap berat sebelah.

Kini, para wanita yang berkuasa di bandar kecil itu. Mereka mengerjakan semua hal sendiri, mulai dari bertani, merancang pembangunan bandar, hinggalah ritual keagamaan.


SUMBER

[PANAS] 4 FOTO ~PASANGAN INI TAK SEDAR AKSI BEROMEN MEREKA DIRAKAM CCTV~

[PANAS] 4 FOTO ~PASANGAN INI TAK SEDAR AKSI BEROMEN MEREKA DIRAKAM CCTV~





Kamera Rakaman Tertutup (CCTV) tidak dapat dinafikan sangat membantu bagi menjadi ‘saksi’ setiap kali berlaku kejadian jenayah.

Begitu pun, jenayah yang dimaksudkan tidak semestinya kes bunuh, pecah rumah atau suami pukul isteri dalam lif semata-mata.

Ada juga jenayah ‘lain macam’ telah dirakamkan seperti aksi panas membabitkan mereka yang tidak dapat menahan nafsu.

Contohnya gambar dalam rakaman ini yang telah tersebar di internet. Tidak dapat dipastikan di mana lokasinya namun pihak terbabit dikatakan seorang bos bersama setiausahanya. Ada yang berkata melibatkan seorang doktor dengan jururawat…

Dalam aksi mereka yang dirakamkan di dalam lif, kedua-duanya kelihatan asyik berkucupan tanpa menyedari kamera merakam aksi tersebut. Apa yang lebih memalukan, wanita dalam rakaman ini memakai tudung.

Tak pastilah jika mereka suami isteri, tapi rasanya pelik sangat jika suami isteri tak dapat menahan nafsu sampai begini sekali, bukan.

Jika benar pasangan dalam rakaman ini sedang melakukan dosa, semoga mereka kembali ke pangkal jalan.

Nasihat ini juga ditujukan kepada ramai lagi individu; antaranya termasuklah suami dan bini orang yang sedang asyik mahsyuk dalam hubungan ‘skandal’ di luar sana. Kalau kantoi macam ini, mana nak letak muka?



SUMBER

[PANAS] 5 FOTO KANTOI SCREENCAPT ~UMPAMA BELANGKAS, NORA DANISH & NEDIM DIDAKWA TINGGAL SERUMAH~


[PANAS] 5 FOTO SCREENCAPT ~UMPAMA BELANGKAS, NORA DANISH & NEDIM DIDAKWA TINGGAL SERUMAH~



Kalau dilihatkan aktiviti Nora Danish selain sibuk dengan pelbagai aktiviti seni seperti lakonan dan menjadi jurucakap bagi beberapa produk terkenal, aktres ini juga sering kali berkepit dengan teman lelakinya, Nedim Nazri.

Kalau diperhatikan menerusi laman sosial Nora terutamanya laman Instagramnya, pasti anda tidak menafikan yang hampir setiap hari ada sahaja perkongsian gambar Nora bersama jejaka yang paling rapat dengannya itu sekarang.



Malah, sebelum ini mereka juga pernah memasak bersama-sama sehingga menimbulkan fitnah di kalangan peminat yang mengatakan mereka tinggal serumah kerana keadaan Nora yang hanya berpakaian tidur atau pyjamas ketika gambar itu dirakam.








Yang terbaharu, Nora dan Nedim kelihatan mesra semacam, ala-ala pasangan suami isteri apabila aksi membuka stokin menjadi perhatian peminatnya.




Ada yang mendoakan agar mereka segera menikah sahaja kerana kalau diikutkan daripada segi kemampuan kewangan, kedua-duanya dah lebih daripada mampu untuk menyegerakan majlis pernikahan.

Tapi tak tahulah kalau-kalau mereka belum bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya maklumlah kedua-duanya sebelum ini pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinan terdahulu.




Kalau orang tak tahu, memang akan ingat Nora dan Nedim ni macam tinggal serumah pula sebabnya mereka memang akrab benar dan sering main masak-masak di rumah satu sama lain.

Tapi, anda jangan cepat melatah, kerana kalau tak silap penulis sebelum ini memang pernah ada kenyataan yang menjelaskan Nora dan Nedim sebenarnya tinggal berdekatan dan berjiran di unit kondominium mewah di tengah-tengah ibu kota yang pesat membangun.

Tak baik tau kita bersangka buruk kata mereka tinggal serumah kerana setahu penulis, Nora masih lagi tinggal serumah dengan ibu dan kakak kandungnya, Nadia.

SUMBER

[NGERI] ~3 FOTO ~KISAH SEBENAR IBU PUKUL ANAK SAMPAI MATI, BUANG DALAM SEMAK~KANTOI

[NGERI] ~3 FOTO ~KISAH SEBENAR IBU PUKUL ANAK SAMPAI MATI, BUANG DALAM SEMAK~KANTOI


Bukit Mertajam: Seorang ibu tergamak menghumban mayat anaknya ke dalam kawasan semak di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang, Jalan Pematang Tinggi, di sini, bagi menyembunyikan perbuatannya yang dikatakan secara tidak sengaja memukul kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu sehingga meninggal dunia.

Berikutan panik dengan kejadian itu, wanita berusia 30 tahun itu dengan teman lelakinya berusia 24 tahun, bertindak membuang mayat kanak-kanak itu di kawasan berkenaan.

Ketika ditemui kira-kira jam 12 tengah hari semalam, mayat mangsa berada dalam keadaan masih lengkap berpakaian dan dibungkus menggunakan selimut.

"Polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu pada Sabtu lepas mendakwa anaknya hilang ketika mereka bersiar-siar di Padang Kota, George Town pada pukul 2.30 petang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.




Lokasi mayat kanak-kanak dibuang
Polis yang menjalankan siasatan mendapati keterangan yang diberi wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mencurigakan menyebabkan wanita itu ditahan bagi membantu siasatan.

"Susulan penahanan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan di Klang, Selangor bagi membantu siasatan," katanya, dan menambah, lelaki berusia 24 tahun itu tidak bekerja.

Mazlan berkata hasil soal siasat yang dijalankan mendapati wanita yang tidak bekerja itu mengaku memukul anaknya hingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah.

Mangsa juga dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu selepas pemeriksaan dijalankan anggota forensik hanya menemui rangka kanak-kanak berkenaan.

"Wanita itu mendakwa anaknya telah mati kira-kira pukul 4.30 petang pada 20 September iaitu tiga hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan.




Teman lelaki wanita terbabit dilihat dibawa sepasukan anggota polis untuk menunjukkan lokasi di mana mayat mangsa dibuang.

Selimut yang digunakan untuk membungkus mangsa juga dikatakan dipenuhi ulat berikutan keadaan mayat kanak-kanak itu yang sudah mereput.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.




SUMBER

[INFO] ~ MENGAPA MANDI AIR SUAM TIDAK DIGALAKKAN? HARUS BACA~

[INFO] ~ MENGAPA MANDI AIR SUAM TIDAK DIGALAKKAN?  HARUS BACA~



Secara ringkasnya mandi air suam akan menyebabkan pemecahan cakra atau tenaga dalaman dan kesan daripadanya juga akan menjadikan aura anda semakin pudar. Mandi air suam dengan berulang-ulang boleh menyebabkan sistem kederiaan anda menjadi semakin kurang cekap menyesuaikan diri dengan persekitaran anda.

Bagi mereka yang gemar mandi dengan air suam, perumpamaannya sama seperti anda terkena hujan panas yang boleh menjadi penyebab mudah sakit kepala, mudah demam dan daya tahan tubuh anda semakin menurun. Mandi air suam juga mendedahkan tubuh anda kepada kebocoran elektromagnetik dalaman tubuh.

Kepada yang selalu banyak berfikir dan mudah runsing mandi air suam juga akan menyebabkan sistem metabolisma anda menjadi kurang cekap dan ini akan menjadi penyebab kepada sistem penghadaman khususnya seperti perut serta usus anda mengeluarkan gas dan jus gastrik. Bagi mereka yang kerap diserang sakit kepala (migrine) amatlah di larang mandi air suam.

Air suam boleh mengurangkan oksigen dalam tubuh anda. Tubuh yang kerap mandi dengan air suam juga perumpamaannya anda menyiram pokok bunga yang mana akan mematikan pokok tersebut. Mandi air suam akan membuatkan seseorang mudah rasa mengantuk kerna aliran darah menjadi perlahan.

Pengamalan mandi air suam khususnya bagi anak-anak yang hendak pergi sekolah awal pagi bukan hanya penyebab mengurangkan keaktifan isyarat otak, malah akan menyebabkan anak anda mudah mengalami stress dan mudah keletihan.

Kekerapan pengamalan mandi air suam juga akan mengendurkan urat dan menyebabkan berlakunya tanda-tanda kebas dan kekejangan otot. Tubuh akan semakin layu dan lesu jika oksigen semakin berkurangan. Segala jenis tumbuh-tumbuhan akan tumbuh lebih segar selepas musim sejuk yang membekukan tanah. Sebaliknya segala jenis tumbuhan akan berguguran daunnya selepas mengalami musim panas yang telah ditetapkan secara fitrah alamiah.

SUMBER

[GILA] ~"KAPAL TERBANG 'BERAK' ATAS KAMI"

[GILA] ~"KAPAL TERBANG 'BERAK' ATAS KAMI" 



New Zealand - Karen Bass mendakwa rumah dan keretanya telah diliputi dengan najis yang dibuang dari kapal terbang yang melalui kawasan rumahnya.

Warga New Zealand itu percaya yang rumahnya telah 'dilanggar' oleh sisa najis yang besar yang dipercayai najis salah seorang penumpang kapal terbang tersebut.

Rumah Karen Bass dilaporkan berada tepat-tepat pada landasan yang dilalui oleh kapal terbang yang terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland.

"Bila saya berjalan keluar dari pintu rumah saya pagi ini, saya ternampak benda itu. Saya fikir, sebuah kapal terbang telah 'berak' atas kami."

Karen Bass berkata aduan yang telah dibuat olehnya kepada Airways NZ tidak diendahkan.

Pakar penerbangan, Peter Clarke pula mengatakan kes sedemikian teramat jarang sekali jika terjadi.

"Semua pesawat komersial menyimpan bahan buangan, terutamanya dari tandas", tambah Clarke

SUMBER

[GEMPAR] 2FOTO~BAPA JADI BIDAN DI TEPI LEBUHRAYA ELITE~

[GEMPAR] 2FOTO~BAPA JADI BIDAN DI TEPI LEBUHRAYA ELITE~




Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila dia terpaksa membidankan isterinya yang bersalin dalam kereta di Lebuhraya Elite tanpa sebarang bantuan perubatan.

Dalam kejadian pada jam 6 petang semalam, lelaki berkenaan hanya menerima bantuan dari petugas hospital melalui telefon. Hasil tunjuk ajar yang diberikan itu, lelaki itu berjaya mengikuti tunjuk ajar yang diberikan dan beliau mendapat seorang bayi lelaki yang sihat.

Bagaimanapun, 15 minit kemudian Ambulans Putrajaya tiba di lokasi kejadian. Ibu dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapat rawatan lanjut.







Pastinya ini mejadi satu kenangan yang tidak ternilai harganya bagi pasangan ini terutama si suami yang menyambut kelahiran anaknya sendiri. Tahniah kepada pasangan terbabit.


SUMBER
#SUBHANALLAH

[TERNOW] FOTO SCREENCAPT ~KISAH KPN HANGIN DENGAN ALVIN-BURU SAMPAI LUBANG CACING~

[TERNOW] ~KISAH KPN HANGIN DENGAN ALVIN-BURU SAMPAI LUBANG CACING~




PETALING JAYA: “Seandainya Ketua Polis Negara bersemangat untuk melawan jenayah dan rasuah sepertimana beliau bersungguh-sungguh untuk menangkap orang yang menghasut…..,” sindir blogger seks kontroversi, Alvin Tan.

Alvin di dalam laman Facebooknya telah mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai menyindir tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“If only the IGP is as passionate in fighting crime and corruption as he is in catching people for sedition…,” tulisnya di dalam laman Facebook.

Sebelum ini, Khalid sewaktu dihubungi oleh akhbar Umno menyatakan bahawa pihak polis akan terus mencari penulis blog seks Alvin Tan sehingga ke lubang cacing.

Khalid berkata, tindakan Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara tidak boleh dimaafkan.

“Dia (Tan) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia mengulas mengenai tindakan Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan memohon suaka.

Alvin kini dikatakan berada di Los Angeles, Carlifornia berdasarkan lokasi kemas kini di laman sosial Facebook.

Beliau sebelum ini dilapor menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen menyerahkan sementara pasportnya atas alasan ingin ke Singapura untuk penggambaran sebuah filem dokumentari.

Sebelum ini, Alvin Tan Jye Yee dan pasangannya Vivian Lee dihadapkan di Mahkamah Sesyen kerana menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook, dua minggu lalu.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook.

Penerbitan itu mengandungi gambar dan komen yang bertajuk “Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!” yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.




SUMBER

[PANAS] FOTO SCREENCAPT BUKTI ~MANGSA DEDAH CERITA SEBENAR SEBELUM VIDEO WKY8464 VIRAL DI FACEBOOK~

[PANAS] FOTO SCREENCAPT BUKTI ~MANGSA DEDAH CERITA SEBENAR SEBELUM VIDEO WKY8464 VIRAL DI FACEBOOK~ 



Mangsa Dedah Cerita Sebelum Video WKY8464 Viral Di Facebook


Heboh di media sosial akan sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki bertubuh tinggi seperti ahli gusti menghamburkan kata-kata kesat terhadap seorang pemandu.

Video tersebut mula dimuat naik ke laman Facebook sejak semalam mendapat beribu-ribu SHARE, namun tiada seorang pun yang tahu akan punca sebenar kejadian yang berlaku.

Dalam video itu, lelaki yang juga penumpang kereta Toyota Harrier bernombor pendaftaran WKY8464 mengambil gambar nombor kereta mangsa sebelum cuba membuka pintu keretanya mengeluarkan kata-kata kesat dan kemudiannya berlalu pergi.

Hasil forensik tanpa lesen di Google, kami mendapati pemilik WKY8464 sebelum ini pernah terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan kereta milik seorang wanita muda.

Siasatan bermula dari tweet di bawah:

"Harrier putih WKY8464. Siapa jumpa, ready syiling 50sen, calarkan sepuas hati. Tinggalkan signature, 'with love, Anis' ok."

Dalam kejadian yang berlaku pada 14 November 2012 itu, mangsa, Anis Adnan mendakwa keretanya dilanggar oleh pemandu WKY8464 berkenaan.

"Kereta ini bajet gangster sangat. Dah langgar kereta orang, poyo macam banyak duit boleh bayar. Orang mintak RM1,000, banyak bunyi pulak." jelas Anis di Twitter

Bagaimanapun, berikutan dari kes terbaru yang melibatkan WKY8464 ini, salah seorang pengguna Twitter, Kevin Han memaklumkan perkara tersebut kepada Anis.

Terkejut dengan tweet itu, Anis membalas,

"OMG! That's the car!!!! That guy is so kurang ajar! Is that your video dude?" tweet Anis.




Bagaimanapun, penjelasan Anis sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa WKY8464 ini bertindak biadab terhadap pemandu lain sungguhpun apa yang terjadi itu bukanlah sesuatu yang disengajakan.

Mangsa dalam video terbaru itu pula dinyatakan bangsanya, namun netizen membuat spekulasi sendiri pemilik video berkenaan adalah cina. Dan dakwaan ini mungkin berdasarkan siaran radio bahasa inggeris yang berkumandang dalam kereta mangsa?

Para pengguna jalan raya diingatkan, tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengancam pengguna jalan raya yang lain. Jika tersilap langkah, buruk padahnya kelak.


SUMBER

[TERBAIK] ~PERKHIDMATAN GOOGLE STREET VIEW KINI BOLEH DIGUNAKAN DIMALAYSIA~JANGAN TAK TAHU.

[TERBAIK] 3 FOTO~PERKHIDMATAN GOOGLE STREET VIEW KINI BOLEH DIGUNAKAN DIMALAYSIA~JANGAN TAK TAHU.


Bagi sesiapa yang belum tahu, Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna 'berjalan' di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya.

Jika dulu, Google Street View hanya boleh di gunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di Malaysia!

Ini termasuklah di kawasan-kawasan kampung yang mempunyai jalan kecil.






Bagi sesiapa yang ingin mencuba, sila ke www.instantstreetview.com dan masukkan alamat atau nama kampung anda dan mula 'berjalan-jalan' di mana sahaja yang anda mahu.

Jika laman web itu tidak menunjukkan sebarang gambar nyata secara automatik, cuba tarik gambar 'orang' ke jalan yang anda mahu seperti dalam gambar di bawah.




Bagi sesiapa yang rindu kat kampung halaman masing-masing tu, boleh la guna untuk 'menjenguk' kampung anda.. Manalah tau kalau nasib baik, boleh 'terjumpa' dengan orang yang anda kenal.


SUMBER