29 April 2014

Kisah Sedih Erra Fazira yang Tidak Pernah di Ceritakan Kepada Umum

BERKECAMUK dalam rasa yang lebih banyak ditelan daripada diluahkan, kekuatan yang terbina bertahun dahulu terpancar pada wajah Erra Fazira. Saat matanya berkaca, dia masih mampu tersenyum. Hambar atau tawar, manis dan kelat yang bersulam pahit, seboleh-bolehnya, segala yang dilalui mahu dikunci kemas. Kuncinya dibuang jauh ke gunung dan laut terbentang.

Namun, sudah namanya selebriti tersohor, disebut orang sebagai primadona, Erra tidak boleh menolak tuntutan media. Setidak-tidaknya untuk seketika, dia harus juga bersemuka bagi merungkaikan persoalan biarpun apa yang tersimpan sekian tahun itu yang sudah terungkai di kamar mahkamah.
Tanggal 18 Februari lalu, kira-kira sembilan hari selepas usianya genap 40 tahun, pelakon yang masih mahal di hati rakyat Malaysia itu menerima sebuah takdir. Barangkali takdir itu telah lama tertulis di Luh Mahfuz. Dia kembali menjunjung status janda, sebuah status yang semahu-mahunya dihindari banyak wanita.

Erra dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin, sah bercerai talak satu. Hak penjagaan anak tunggal mereka, Engku Aleesya diberikan kepada Engku Emran manakala Erra pula diberi hak bermalam dan lawatan bersama. Sepintas lalu, keputusan itu jarang berlaku dalam mana-mana penceraian apabila Erra juga memohon untuk tidak diberikan nafkah sepanjang edah dan mutaah. Erra dikatakan tenang sedangkan sewaktu Emran melafazkan talak kepadanya, lelaki yang juga bapa kandung kepada anaknya itu kelihatan sebak.

Seperti tinta nyanyiannya, Yang Terindah Hanya Sementara, Erra menghela nafas panjang kemudian kembali menyedutnya dalam-dalam. Reda dan pasrah yang berbutir di bibirnya kedengaran mudah, namun di jauh di sudut sanubari, ada sebak yang bersenandung hiba.

“Tenang atau tidak, gelora atau berkecamuk, itu hal dalaman saya, dan kita tak boleh menghakimi perasaan orang lain dengan penglihatan mata kasar. Ada yang meraung kala sakit, ada pula yang sekadar bertahan, setiap orang ada cara dan saya dengan cara sendiri.

Perjanjian rahsia

“Saya ada banyak benda saya harus difikirkan. Saya mungkin tidak perlu meratap tapi itu tidak bermakna saya tidak sedih. Kita tak tahu air mata itu di mana dan kapan keluarnya. Tetapi, saya berada di sini bukan untuk bercerita tentang air mata. Saya tak mahu kisah sedih diulang-ulang kerana saya juga memerlukan semangat.

“Jadi, saya nak sibukkan diri saya, saya juga menantikan detik untuk bersama dengan anak saya dan tidak mahu diganggu ketika itu. Selebihnya tentang kerja,” ungkap Erra yang ditemui sekitar pukul 11 malam, pada hari yang sama setelah statusnya sebagai isteri terlucut secara rasmi.

Ketika dadanya bergelora banyak hala, Erra harus melunaskan sebuah lagi pengakuan. Dia rela isi jiwanya diluahkan namun tidak mudah ditelanjangkan atas nama keterbukaan. Hidup ini harus diteruskan. Sebab itulah, selang tidak sampai dua jam selepas sidang mahkamah selesai, Erra sudah bergegas masuk studio rakaman sebuah program bual bicara di Shah Alam.

“Orang nampak di luar dan tidak tahu apa yang ada dalam hati saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini kerana tugas. Agaknya kalau saya tiada kerja hendak dilakukan, saya akan melepak di rumah melayan perasaan. Ini semua bahagian saya, saya kena hadapi dengan reda,” kata Erra yang kebetulan sedang sibuk sesi latihan sebuah konsert di Istana Budaya bermula 3 hingga 9 Mac ini.

Pelakon yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia itu bagaimanapun tidak berhasrat untuk bercerita lanjut tentang kata sepakat bersama bekas suami yang telah dipersetujui di luar mahkamah.

“Semua sudah terlerai, kami telah berbincang dan kedua-dua pihak sudah bersetuju. Saya mohon agar terma-terma dan isi perjanjian kami itu tidak ditanya secara terperinci.

“Jadi saya pun sudah tidak berhutang dengan masyarakat dan rakan-rakan media. Itu semua sebenarnya sudah berapa lama mengganggu saya, tapi saya ada alasan tersendiri kenapa perkara ini harus dipendamkan. Sekarang semua orang boleh teruskan kehidupan masing-masing, subjek ini telah ditutup,” Erra tenang menjawab persoalan ketika ditemui usai rakaman Primadona di Shah Alam, pada malam 18 Februari lalu.

Ditanya tentang tempoh berdalih itu dan ini dan kemudiannya mengunci mulut, menafikan tidak mengiakan pun tidak, jelas Erra setiap manusia harus ada batasan keterbukaan. Sebagai wanita, ibu, isteri bahkan selebriti yang beritanya diburu segenap inci, dia juga punya alasan tersendiri kenapa soal peribadi harus ditatang kemas-kemas. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.



“Saya ada alasan tersendiri, alasan yang bukannya mementingkan saya seorang sahaja tetapi alasan yang melibatkan banyak pihak. Orang ramai tidak perlu tahu apakah alasan itu kerana masalah dalaman dan keluarga adalah peribadi,” kata Erra tidak mahu pekung di dada dibuka seluas-seluasnya hanya kerana dia bergelar selebriti.

Menjadi artis, disayangi atau dibenci sudah menjadi lumrah. Keprihatinan peminat yang mahu melihat bahagianya berpanjangan amat difahami Erra, namun, retak perkahwinan yang dibina bersama Emran sejak 25 Oktober 2007 itu sudah tidak mampu disambung lagi.

Menangis dua malam

“Saya tidak mahu bercakap banyak dan harap ini yang terakhir saya bercerita begini. Orang boleh cakap macam-macam tetapi kita yang menghadapi. Jangan kata kami tidak berusaha untuk menyelamatkan keadaan. Siapa yang mahukan perpisahan tetapi kami akur dengan perpisahan ini kerana kami telah berusaha,” kata Erra sambil menekap mata.

Malam itu, tiada titis jernih jatuh ke pipinya, namun Erra mengakui, tangisannya sudah mencurah lebat ketika dua malam sebelum lafaz cerai berlangsung Selasa lalu.

“Saya sebenarnya sudah lama reda, ikatan suami isteri boleh putus kerana perceraian, tapi bukan ikatan dengan anak,” ujar Erra terhenti-henti.

Mendapat kekuatan hasil dorongan keluarga dan rakan-rakan, kata Erra tanggal 18 Februari menjadi hari paling bersejarah buatnya namun tidak boleh lemah apatah lagi rebah.

“Saya ada tanggungjawab terhadap keluarga, anak dan pekerja saya. Kalau saya rebah, kalau saya menangis, kalau saya lembik, siapa nak tolong saya nanti.

“Kadang-kadang tanpa dinafikan, kita ini nampak kuat, tapi bila orang sudah tidak ada, saya akan lembik dan menangis tertonggeng juga, cuma orang tidak tahu,” beritahu Erra lega.

Banyak kekecewaan dalam hidup, pernah bercinta dan putus tunang, pernah berkahwin dan bercerai, berkahwin lagi dan bercerai lagi. Bukan sembarangan rasanya kekecewaan yang dihadapi Erra selama ini.

“Saya pandang positif. Waktu zaman muda remaja dahulu, kita gila bila putus cinta, gila bila putus tunang, kenapa semua ini berlaku, rupa-rupanya Tuhan mahu melatih saya. Kalau tidak pernah merasa kekecewaan, bagaimana hendak melalui kekecewaan dan ujian lebih teruk pada masa akan datang.

“Tuhan Maha Kaya, saya antara insan yang dipilih oleh Allah untuk diuji dan diuji lagi. Doa saya moga terus kuat pada masa hadapan. Terfikir juga apa lagi ujian yang bakal saya hadapi, tapi jujurnya, saya tak mahu terlalu berfikir soal itu, risau jadi takut,” titip Erra yang sudah merasai dua detik perceraian dalam hidupnya.

Pertama dia bercerai dengan Yusry Abd Halim pada tahun 2006 hanya setelah tiga tahun berumah tangga dan kali ini, perkahwinannya bersama Emran terlerai dalam tempoh enam tahun, lapor Kosmo.

“Dahulu saya tidak mempunyai anak, sekarang ada anak, lain keadaannya. Dalam perkahwinan pun, gagal yang pertama, kita mahu betulkan semasa perkahwinan kedua, tapi bila perkahwinan kedua pun hancur juga, sakitnya lain macam,” tutup Erra.

Kejutan..Lisa 'berpisah' dengan Yusry

Telah melayari bahtera rumah tangga selama dua tahun bersama Yusry Abdul Halim ternyata kesibukan dalam tuntutan tugas sebagai artis membuatkan pasangan ini terpaksa ‘berpisah’.
Sekurang-kurangnya buat ketika ini, kata Lisa Surihani. Masakan tidak, kalau Yusry sibuk dengan kerja-kerja produksinya, Lisa juga tidak menang tangan dengan aktiviti seni.

Terbaru Lisa yang dipilih sebagai hos HBO Sentral dalam Bahasa Melayu sedang menjalani penggambaran filem muzikal, Sinaran arahan Osman Ali di Singapura.

“Saya memang agak sibuk ketika ini, memang agak sukar untuk berjumpa dengan Yusry kerana dia pun sibuk dengan urusan pasca produksi filem terbarunya, Cicakman 3.

“Kami berdua sibuk dengan tugasan masing-masing tapi saya tidak mahu mengeluh kerana industri ini adalah punca rezeki kami," ujarnya.

Namun Lisa memberitahu dia amat bertuah kerana mendapat suami yang bukan sahaja memahami tetapi juga amat mengambil berat terhadap dirinya.

“Walaupun sibuk Yusry tetap mencari masa berjumpa saya. Kalau sempat dia pergi ke Singapura untuk menjenguk saya. Walaupun jauh tanggungjawab dia sebagai suami tetap juga ditunaikan.

“Alhamdulillah saya dapat suami yang memahami. Keluarga baginya adalah perkara yang perlu diutamakan walau sesibuk manapun keadaannya," jelas Lisa lagi.

Diusik perihal soal anak selepas dua tahun melayari alam rumah tangga, Lisa seolah-olah mengelak daripada menjawab persoalan tersebut.

Bukan kurang senang tetapi bagi dirinya adalah lebih baik bercerita tentang kisah kerjaya berbanding peribadi.

“Bukan tidak mahu menjawab tapi sudah cukup rasanya cerita-cerita ini dikeluarkan sebelum ini, banyak sangat cerita hal ini nanti orang akan bosan nanti.

Artikel Penuh : utusan.com.my

Kisah Anak Paling Derhaka:Tak Tahu Ibu Sudah 8 Bulan Meninggal Walaupun Tinggal Satu Rumah.?

~Kisah Anak Paling Derhaka:Tak Tahu Ibu Sudah 8 Bulan Meninggal Walaupun Tinggal Satu Rumah~



Kuwait. Telah terjadi hal yang sangat aneh di Kuwait. Seperti sebuah cerita rekaan, tapi benar-benar terjadi.
Dua orang anak perempuan tidak mengetahui bahawa ibu mereka telah meninggal dunia 8 bulan yang lalu. Padahal mereka hidup dalam flat yang sama.Baru diketahui setelah tubuh ibu mereka mengurai dan hanya tinggal baju dan tulang dibalut baju. Seperti diberitakan Today ‘s Opinion, Kamis (24/4/2014).

Akhbar Kuwait, Al-Wathan, Rabu (23/4/2014) mengkhabarkan bahawa hasil bedah siasat menunjukkan ibu tua itu meninggal 8 bulan yang lalu. Sedangkan perisikan menyatakan tidak ada unsur jenayah pembunuhan dilakukan oleh kedua-dua anak perempuannya.

Kedua anak telah diperiksa dan terbukti tidak mengetahui perihal kesihatan ibu mereka sejak beberapa bulan sebelumnya, walaupun mereka berdua tinggal bersama ibu mereka. Hal itu menurut pengakuan mereka, kerana mereka sibuk dengan pekerjaan harian memandangkan mereka termasuk keluarga yang kurang mampu.

Hal itu membuat mereka tidak terfikir untuk mengetahui keadaan ibunya yang terbaring di bilik sebelah. Mereka biasa keluar rumah di pagi hari, dan pulang di malam hari.

Mereka kira ibu mereka keluar bilik setiap hari untuk makan, minum dan sebagainya selepas pemergian mereka. Lalu masuk ke bilik lagi untuk kembali tidur seperti biasanya.

Terkuaknya peristiwa tragis ini berawal saat salah seorang anaknya yang lain dan telah lama terbaring di rumah sakit, ingin dan meminta bertemu dengan ibunya.

Oleh kerana itu, dia dibawa ke rumahnya. Setelah masuk bilik barulah diketahui bahawa ibunya sudah meninggal dan hanya tinggal tulang yang tertutup bajunya.

Aaron Aziz Melenting Kepada Peminat Di Instagram

Agak terlambat sebenarnya Abang Nara berkongsi kisah ini. Perkara ini berlaku minggu lalu dan mengejutkan banyak pihak. Mana tidaknya, selama ini Aaron Aziz dilihat sebagai seorang yang rileks dan cool. Siapa sangka Aaron boleh mengeluarkan kata-kata yang kurang elok didengar menerusi Instagramnya.
Kejadian ini berlaku apabila ada peminat Aaron Aziz yang menegur cara duduk anak perempuannya yang dilihat seperti tidak sopan dan menyuruh aktor Singapura itu mengajar anaknya cara-cara duduk yang lebih tertib dan sopan.Gambar tersebut telah dikongsikan oleh Aaron menerusi akaun Instagramnya.

Mungkin bengang dengan teguran yang diberikan, Aaron Aziz mengamuk dan mengeluarkan kata-kata berikut di Instagramnya.
Agak kasar jugak kan? Namun mungkin cara teguran si peminat itu tidak betul dan kasar sehingga menyebabkan Aaron Aziz melenting. Seharusnya si peminat kenalah bertolak ansur dan tak mengambil pusing sangat. Kanak-kanak standarlah posing macam itu. Dah nama pun kanak-kanak kan?

SUBHANALLAH! KUBUR JENAZAH WANITA BERCAHAYA KETIKA HENDAK DIKEBUMIKAN [5 GAMBAR]

Kubur jenazah Adzlin Lin Halimi bercahaya gambar yang tersebar di media sosial ini mungkin juga merujuk kepada refleksi cahaya pada penutup papan keranda dan kain kafan yang putih namun dari mata kasar dan aspek lainnya memang ada kelainan – Subhanallah

Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar.

Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.) - Waris Allahyarhamah (Lavamilotabur)

Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah

MH370 akhirnya ditemui di Teluk Benggala

LOKASI yang dikesan GeoResonance. FOTO 7news Adelaide 

Adelaide : Sebuah syarikat pencarian yang berpengkalan di Adelaide percaya mereka mengesan satu lokasi disyaki tempat persemadian pesawat MH370 di Teluk Benggala kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi pencarian sekarang di Lautan Hindi.

Syarikat berkenaan, GeoResonance memberitahu 7News, hasil pencarian dan penyelidikan pihaknya berjaya mengesan beberapa elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan pesawat MH370.

Sudah enam minggu berlalu sejak pesawat MH370 dan operasi pencarian di Lautan Hindi gagal mengesan serpihan pesawat itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott hari ini, mengakui peluang tipis untuk menemui serpihan pesawat di permukaan laut.

GeoResonance percaya pihak berkuasa sedang mencari di kawasan yang silap dan pihaknya melakukan inisiatif sendiri mencari MH370 sejak 10 Mac.

"Teknologi yang kami gunakan sebenarnya direka untuk mencari bahan perang nuklear, kapal selam...pasukan kami di Ukraine mencadangkan kami patut cuba membantu," kata jurucakap GeoResonance David Pope.

Syarikat itu sudah menganalisa 2,000,000 kilometer persegi kawasan yang dipercayai kawasan pesawat terhempas menggunakan imej yang diperoleh dari satelit dan pesawat.
VISUAL radar dari GeoResonance. FOTO 7news Adelaide 

Saintis pula memfokuskan pencarian di utara lokasi terakhir pesawat dikesan menggunakan lebih 20 peralatan berteknologi tinggi untuk menganalisis data.

"Kami bagai tidak percaya apa yang kami temui di Teluk Benggala.

"Pasukan kami teruja selepas menemui sesuatu yang dipercayai bangkai pesawat komersial," kata Pope.

Sementara itu, Pavel Kursa dari syarikat yang sama memberitahu stesen televisyen itu yang mereka mengesan elemen kimia dan bahan membuat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, gangsa, besi aloi dan bahan lain.

Laporan juga sudah dihantar kepada pihak berkuasa ketika kotak hitam masih mempunyai jangka hayat selama dua minggu lagi.

Pasukan itu turut mengesahkan penemuan dengan membuat analisa perbezaan imej di kawasan berkenaan pada 5 Mac iaitu tiga hari sebelum pesawat itu hilang.

Laporan lengkap diserahkan pada 15 April lalu.

"Kami tidak mengatakan ianya sah adalah MH370 tetapi kami berpendapat ia adalah petunjuk yang patut diberi perhatian," kata Pope.

7News cuba menghubungi Angus Houston dari JACC namun gagal.

28 April 2014

Adam, Fiza Sah Cerai Talak Satu di Hadapan Hakim Sebentar Tadi

Shah Alam : Spekulasi mengenai krisis rumahtangga Adam AF2 dan isterinya pelakon Fiza Elite akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Nazri Basrawi jam 1.05 tengah hari.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, sebelum itu mengemukakan permohonon lisan untuk mengadakan prosiding tanpa kehadiran wartawan atas alasan dia adalah seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga mereka diketahui umum.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan lisan Fiza dan memerintahkan semua wartawan yang berada di dalam mahkamah untuk keluar.

Bekas penyanyi kumpulan Elite yang berjubah hitam itu hadir ke mahkamah bersama Adam serta ditemani beberapa rakan artis, termasuk rakan baik Fiza, Azza Elite.

Kejutan : Adam, Fiza Sah Cerai Talak Satu

Shah Alam : Spekulasi mengenai krisis rumahtangga Adam AF2 dan isterinya pelakon Fiza Elite akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Nazri Basrawi jam 1.05 tengah hari.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, sebelum itu mengemukakan permohonon lisan untuk mengadakan prosiding tanpa kehadiran wartawan atas alasan dia adalah seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga mereka diketahui umum.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan lisan Fiza dan memerintahkan semua wartawan yang berada di dalam mahkamah untuk keluar.
FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid

Bekas penyanyi kumpulan Elite yang berjubah hitam itu hadir ke mahkamah bersama Adam serta ditemani beberapa rakan artis, termasuk rakan baik Fiza, Azza Elite.

Punca Sebenar Pengantin Perempuan Meninggal Dunia 3 Jam Sebelum Bersanding!

Suasana kegembiraan sebuah pasangan pengantin meraikan hari bahagia bertukar menjadi pilu apabila pengantin perempuan ditemui mati 3 jam sebelum majlis persanding mereka bermula semalam.

Mangsa, Junaida Jamaludin, 29, selamat dinikahkan dengan Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, ditemui meninggal dunia dalam keadaan hidung dan mulutnya berdarah di bilik pengantin di rumah SS3 pada jam 8.30 pagi.
Abang mangsa, Kamarul Affendi Jamaludin, 38 memberitahu, majlis akad nikah berlangsung sehari sebelumnya di rumah mereka kira-kira pukul 5.45 petang kelmarin dan majlis persandingan dijadualkan berlangsung di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

“Pagi tadi (semalam) saya ingat Junaida telah pergi ke dewan lebih awal tetapi sangkaan kami meleset sebab dia tiada di situ.

“Kami cuba menghubunginya tetapi gagal. Saya cuba memeriksa dia di bilik dan ketika itu saya nampak dia masih berada di atas katil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Jelasnya, dia menyangka Junaida masih tidur kerana kepenatan tetapi terkejut apabila mendapati hidung dan mulut anak bongsu daripada empat beradik itu berdarah.

“Kami terus membawa Junaida ke hospital berhampiran tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat masalah pendarahan dalaman,” katanya sedih.

Sumber

24 April 2014

LELAKI MEMPUNYAI ‘TATOO HARIMAU’ DITAHAN

SHAH ALAM, 24 April –Seorang lelaki Mualaf berbangsa Cina yang dipercayai suspek dalam kes tembak dua anggota polis dari Cawangan kereta Peronda (MPV) di Taman Lembah Maju, Pandah Indah, Ampang Jaya dua minggu lalu telah ditahan polis.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dalam satu serbuan di sebuah rumah yang terletak di Lorong Gunung Rapat 11, Taman Cemerlang Rapat, Ipoh, Perak.

Semasa pemeriksaan dapati seorang wanita Cina berada dalam rumah tersebut. Namun semasa pemeriksaan dijalankan telah menjumpai seorang lelaki berbangsa Cina dan pemeriksaan pihak polis telah menemui tattoo harimau di badan lelaki terbabit.

Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media sebentar tadi menyatakan dengan tertangkapnya lelaki terbabit kes ini disifatkan selesai. Walau bagaimanapun pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas. Suspek kini direman sehingga 27 April 2014. Kes disiasat di bawak Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Kenapa Cikgu Sekarang Lebih Takutkan Pelajar?

Cikgu zaman dulu dengan zaman sekarang ne jauh bezanya. Kepada yang telah jadi cikgu dan bakal jadi cikgu, tentu anda perasaan perbezaannya. Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, pernah jugak la rasa penampar, berdiri atas kerusi dan kena rotan dengan cikgu..hahah. Kalau anda pernah rasa, tentu geramkan! Tapi bila teringat balik rasa macam lucu pulak.Biasalah, masa tu budak-budak lagi. Bila aku dah jadi cikgu, baru faham macam mana susah nak didik pelajar ne jadi manusia.
CIKGU ZAMAN DAHULU
1.Cikgu dahulu sangat garang kepada pelajar. Tak siap kerja rumah siap kena rotan dengan penampar sampai ada yang sanggup tak nak pergi sekolah gara-gara kerja rumah yang tak siap buat.

2.Cikgu dahulu dihormati mengalahkan pak imam masjid. Kalau orang tua yang ada anak dara, mesti teringin nak buat cikgu menantu.

3.Cikgu dahulu ditakuti murid-muridnya. Kalau bertembung dikawasan luar sekolah pun sampai ada yang lari sebab terasa aura cikgu tu.

4.Cikgu dahulu boleh maki hamun pelajarnya yang degil dan nakal. Tak ada masalah sebab murid-muridnya memiliki keimanan kepada Allah dari hasil didikan ibu bapa yang kuat.

5.Cikgu dahulu dapat lesen penuh untuk mendidik anak muridnya. Mak bapak tak kisah kalau anak diorang kena pukul �Cikgu nak buat ape kat anak saya pun buatlah, yang penting jangan sampai cedera dan mati je".

CIKGU ZAMAN SEKARANG 
1.Cikgu sekarang takut nak garang dengan pelajar. Nanti tak pasal-pasal kereta yang tercalar dan mak bapak yang datang mengamuk kat sekolah.

2.Cikgu sekarang orang tak pandang pun. Kalau orang tua yang ada anak dara pun, depa pilih yang engineer dulu yang bergaji lebih besar.

3.Cikgu sekarang kalau bertembung dengan muridnya silap gaya kena langgar pulak.

4.Cikgu sekarang nak marah pun tak boleh sangat takut nanti anak muridnya mengalami tekanan jiwa untuk belajar, nanti anak murid tu akan merosakkan dirinya. 5.Cikgu sekarang sangat terhad untuk mendidik murid-muridnya. Bila nak nasihat sikit mak bapak masuk campur �Cikgu jangan sentuh anak saya, kalau anak saya mengadu kena pukul, saya akan saman cikgu�

ISU SELESAI, WARDINA MINTA MAAF PADA USTAZ DON DANIYAL

Kontroversi di antara Wardina dan Ustaz Don Daniyal akhirnya berakhir melalui satu status di laman Facebook rasmi Wardina Safiyyah.

Dalam status berkenaan, Wardina meluahkan perasaannya mengenai isu Video Kontroversi Ustaz Don Daniyal yang dibangkitkan olehnya minggu yang lalu. Wardina juga memohon maaf sekiranya statusnya sebelum ini dianggap sebagai menghina. Dan Wardina juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Ustaz Don dan Ustaz Don dikatakan menerima pemohonan maafnya dengan hati yang terbuka.
Isu ini tidak sepatutnya timbul sekiranya Wardina meminta penjelasan secara peribadi dari Ustaz Don sendiri tanpa membuat sebarang tuduhan melulu di media sosial.

Meskipun sudah Wardina telah pun meminta maaf, masih ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya dengan terbawa-bawa dalam komen di laman sosial.

Moga menjadi pengajaran kepada Wardina dan kita semua. - My Media Hub

23 April 2014

Neelofa & Hans Isaac Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini

Terima kasih kerana datang jika anda jangkakan akan ada kenyataan rasmi dari mulut Hans Isaac tentang hubungannya dengan Neelofa. Selebriti yang semakin hari semakin eksklusif tentang kehidupan peribadinya itu masih enggan mengulas apa apa.
Namun, ada satu kenyataan Hans Isaac yang dipetik para media menarik perhatian kami. Seperti biasa apabila bertemu dengan penggiat seni ini, soalan tentang hubungan denganNeelofa pasti menjadi salah satu soalan utama.

Menurut Hans Isaac, beliau sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman hidup bergelar isteri dan akan membuat keputusan untuk berkahwin dan mengumumkan sesuatu pada Disember 2014 nanti. Ya, lapan bulan dari sekarang.

“Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditanya tentang status hubungannya dengan aktres Neelofa.

“Kehidupan peribadi saya kini lebih gembira & tenang. Namun seperti semua sedia maklum, saya tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadi dengan umum serta berkongsi gambar bersama kekasih di media sosial,” ujar Hans Isaac kepada portal GUA.

Spekulasi mula timbul mengatakan yang beliau bakal mendirikan rumahtangga bersama Neelofa, selebriti yang sekian lama dikaitkan dengan dirinya — namun ianya boleh jadi juga jika Hans Isaac sudah ada pilihan lain ‘kan? – rotikaya -

Sah! Luahan Hati Fiza Halim Temui Jawapan, Sebutan Kes Cerai Isnin Depan

KL, 23 APRIL 2014: Perkembangan status perkahwinan pasangan selebriti Adam AF2 atau Mohd Aizam Mat Saman,31, dan Fiza Elite, 33 akhirnya menemukan satu keputusan baru apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.

Jika beberapa hari lalu ramai yang bertanyakan status mengenai sebuah entri yang dimuatnaik Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim semua kini sudah jelas bahawa sengketa yang kini terjadi dalam perhubungan yang belum memasuki usia setahun ini.

Namun begitu, Fiza yang menggunakan nama @PuteriMahsuri81 di Instagram itu difahamkan telah memadamkan entri tersebut atas sebab yang tidak diketahui.

Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.

Walaubagaimanapun Adam sebelum ini berkeras dan menafikan sebarang perkaitan melibatkan hal rumahtangganya dengan Fiza malah mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut. Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan.

Uqasha Malu Dituduh Lupa Pakai Coli

Pelakon cantik, Uqasha Senrose hanya mampu ketawa apabila dituduh lupa memakai baju dalam (coli) ketika ketika dia menghadiri majlis pelancaran wajah baharu sebuah portal, bertempat di Kuala Lumpur itu. Pada hari itu, tampil anggun dengan gaun pendek paras lutut berwarna merah jambu.

Bercakap kepada Kosmo! , dia sebenarnya langsung tidak menyedari hal itu sehinggalah dia melihat melihat Twitter. Kata kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini, dia sungguh terkejut apabila terdapat cerita yang mendakwa dirinya tidak memakai coli.
“Saya hanya mampu ketawa apabila dituduh sebegitu. Saya bukan bodoh untuk keluar tanpa memakai coli dan memalukan diri sendiri. Mereka harus lihat gambar itu betul-betul sebelum membuat cerita yang mengaibkan saya.

Uqasha berkata demikian ketika dimina mengulas mengenai gaun tersebut menimbul kontroversi apabila dia dilihat seolah-olah tidak memakai coli. Perkara ini sudah menjadi hangat di internet, bahkan ada yang menuduhnya mengikut fesyen artis Hollywood.

Namun, jika gambar itu diteliti bukanlah Uqasha tidak memakai coli, sebaliknya bekas jahitan yang kelihatan.

Jelas Uqasha lagi, sebelum keluar rumah dia sudah lihat pada cermin beberapa kali dan tanya pada adik saya, okey atau tidak baju yang dipakainya. Malah dia tidak perasaan langsung bekas jahitan akan kelihatan sedemikian rupa.

“Saya yang malu untuk mengulas isu ini walaupun saya tidak salah. Otak saya masih waras dan tahu adat budaya Malaysia. Bagi saya, orang yang membuat cerita ini sudah tidak ada cerita untuk ditulis. Alangkah lebih baik jika mereka tanya sendiri hal itu kepada saya. Saya tidak kisah andai perkara yang ditegur itu benar berlaku tetapi tidak, mereka hanya mengada-adakan cerita yang tidak benar.

“Memang sangat malu. Sebabnya bukannya ada apa-apa, cuma bekas jahitan baju itu yang kelihatan. Saya harap selepas ini janganlah cepat membuat kesimpulan sebelum bertanya sendiri hal yang sebenar kepada saya”, katanya.sumber : Kosmo!

Gempar : MH 370 Sebenarnya Kini Berada di Kandahar..Foto Sebagai Bukti

Akhbar Rusia dakwa MH370 kini di Kandahar [Petikan dari Utusan]
TEHERAN 10 April - Sebuah akhbar Rusia tampil dengan teori mendakwa pesawat berkenaan dirampas dan disembunyikan di wilayah Kandahar, Afghanistan berhampiran sempadan Pakistan.

Akhbar Moskovsky Komsomolets yang memetik sumber agensi perisikan Rusia turut melaporkan bahawa kedua-dua juruterbang pesawat berkenaan tidak bersalah dalam insiden tersebut.

"Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang bersama anak kapal dirampas. Kedua-dua juruterbang itu tidak bersalah, pesawat itu dirampas oleh beberapa pengganas yang tidak diketahui.

"Kami tahu nama pengganas yang memberi arahan kepada juruterbang adalah 'Hitch'. Pesawat itu berada di Afghanistan, tidak jauh dari Kandahar berhampiran sempadan Pakistan,"lapor akhbar itu yang mempunyai edaran kira-kira 1.1 juta. Menurut laporan akhbar itu, pesawat itu berada di sebuah jalan raya berhampiran kawasan pergunungan dan sayap kapal terbang itu patah.

"Mungkin pesawat itu mendarat dalam keadaan tidak lancar, namun semua penumpang dalam kapal terbang itu selamat, mereka hidup tanpa makanan,"katanya.

Bagaimanapun, sumber atau agensi perisikan dalam laporan itu tidak dinamakan.

Malah, dakwaan akhbar itu juga tidak dilaporkan dalam mana-mana media arus perdana di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia.

Akhbar itu turut melaporkan, beberapa pakar dalam pesawat itu telah dibawa ke sebuah tempat persembunyian di Pakistan.

"Seramai 20 pakar Asia ditahan. Malah, terdapat seorang rakyat Jepun dalam kalangan mereka,"katanya yang mungkin merujuk kepada pekerja Freescale Semiconductor.

Pihak berkuasa Malaysia berkata, pesawat MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi dan operasi pencarian untuk mengesan serpihan kapal terbang itu sedang dijalankan.

Pada 16 Mac lalu, akhbar The Independent turut melaporkan beberapa khabar angin bahawa pesawat tersebut telah terbang ke 'sebuah kawasan yang dikawal oleh Taliban', kira-kira seminggu selepas MH370 hilang.

"Pesawat MH370 yang hilang itu mungkin diterbangkan secara sengaja melepasi radar ke kubu kuat Taliban di sempadan Afghanistan, isu ini mungkin wujud berikutan pihak berkuasa berkata, mesej terakhir yang diterima dari kokpit selepas sistem transponder pesawat itu dimatikan.

"Namun, dakwaan ini dibuat sebelum pihak berkuasa Malaysia mengumumkan MH370 hilang di suatu tempat di Lautan Hindi,"katanya.

Pihak berkuasa Australia sedang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pesisir pantai Perth yang terletak di barat negara itu. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140411/dn_08/Akhbar-Rusia-dakwa-MH370-kini-di-Kandahar#ixzz2zh60HPNZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Gadis Bertudung Gambar Tidak Senonoh ~ Dunia akhir Zaman

Bagi kami tidak salah untuk anda mengenakan tudung, tapi ini agak tidak senonoh bila anda memakai tudung tapi bahagian bawah pula yang terdedah, "jangan kerana nila setitik habis susu belanga rosak". Gambar yang diupload di internet akan kekal buat selamanya, jadi sebelum bertidak fikir banyak kali dahulu sebelum upload gambar yang bukan2 di laman sesawan, ramai yang melihatnya dan mungkin ramai juga yang kurang selesa pabila melihat anda berpakai "sopan" sebegini.

JUST KECOH: FIKIR 10 KALI DULU SEBELUM GAMBAR KE LAMAN SESAWANG! JANGAN FIKIR SEMUA ORANG SUKA DENGAN GAMBAR ANDA? LIKE BUKAN TANDA ORANG SUKA, FAHAM2 SENDIRI LAH.

BONGKAR !! AKHIRNYA PENGKALAN US DIEGO GARCIA BUKA MULUT ISU PESAWAT MH370

Akhirnya Pengkalan US Diego Garcia Buka Mulut isu MH370

Spekulasi kehilangan pesawat MAS MH370 sering dikaitkan dengan penglibatan Amerika Syarikat dan Diego Garcia.

Teori pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone, alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.

Pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menafikan teori berkenaan.

Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.

Tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.
Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.
”Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.

Berkaitan data, jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia.

Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa..

Kejutan : MH 370 Sebenarnya Kini Berada di Kandahar..Foto Sebagai Bukti

PETALING JAYA : Ahli keluarga yang hilang MH370 penumpang penerbangan mahu kerajaan menyiasat dakwaan bahawa penerbangan yang hilang kini berada di Kandahar , Afghanistan.

Terdapat laporan bahawa pesawat itu ialah di negara Asia Selatan dan memetik agensi perisikan Rusia sebagai sumber.

Permintaan itu dibuat oleh keluarga terdekat dalam surat bertarikh 14 April dan dialamatkan kepada Menteri Pengangkutan Pemangku Hishamuddin Hussein. Satu salinan juga dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita sedar bahawa Kerajaan Malaysia kini memberi tumpuan usaha carian di Selatan Lautan Hindi berdasarkan data yang dibekalkan oleh Inmarsat . Walau bagaimanapun, kita memasuki hari ke-37 tidak berjaya dalam mencari sebarang bukti fizikal di kawasan ini.

"Oleh itu, ia adalah masa yang tinggi bahawa kerajaan patut mula berfikir di luar kotak dengan meneroka dan memeriksa semula semua petunjuk, baru dan lama.

"Berdasarkan semangat ini, kami hormat meminta pertimbangan pihak anda untuk melibatkan diri semula kerajaan Rusia dan Afghanistan untuk memeriksa dan mengesahkan dakwaan bahawa MH370 mendarat di Afghanistan.

"Kami yakin bahawa kerajaan Malaysia akan mendapati bahawa jalan ini adalah bernilai meneroka menimbangkan kehidupan 239 penumpang dan anak kapal MH370 ," kata keluarga terdekat dalam surat itu yang diterbitkan di Facebook.

Penerbangan MAS menuju Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah pergi hilang dari radar pada 8 Mac.

Usaha carian telah tertumpu di bahagian selatan Lautan Hindi tetapi setakat apa-apa yang berkaitan dengan MH370 telah dijumpai.

Artis Malaysia Yang Meninggal Dunia di Usia Muda...

~Artis Malaysia Yang Meninggal Dunia di Usia Muda...~
al-fatihah

Ramai artis/celebrity yg meninggal di usia muda. Jom senaraikan nama2 mereka dan sertakan alfatihah untuk mereka...


                           Yanie Mentor

P/S : Gambar arwah Yanie terpaksa diblurkan (aurat) bagi menghormati arwah dan keluarga arwah..

Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah.



                         Acik Spin

Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Serembang sdn. bhd, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.

Din Beramboi


Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demam Denggi berdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Datuk Sosilawati Lawiya (Tokoh Korporat)

P/S : Gambar arwah bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya dan kakitangan Sosilawati terpaksa diblurkan (aurat) bagi menghormati arwah dan keluarga arwah..

Sebelum umat Islam menyambut kemeriahan Syawal tahun ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47. Kematian jutawan kosmetik sensasi ini mencatat rekod jenayah baru apabila kematiannya dipercayai telah dibunuh oleh 7 suspek. Lebih tragis, pembunuhan ini turut melibatkan kakitangan Sosilawati yang setia berkhidmat untuknya. Hasil penyiasatan, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.


Faizal Yusof

Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah.

21 April 2014

Artis Cun Dikerumuni Lelaki Di Stadium Bukit Jalil!

Rita Rudani Dikerumuni Lelaki Di Stadium | Apabila jejaka2 berjumpa dengan aweks cantik di padang, beginilah jadinya, lihat sahaja pergerakkan mata dan tingkah laku mereka ketika bergambar bersama Rita Rudani. Seperti monyet pun juga ada haha.... Maaf ya, bukannya cemburu...

Status Terkini Isu Cabul Prof Izzi Hj Ali..??

~Status Terkini Isu Cabul Prof Izzi Hj Ali.??~


Kes cabul yang melibatkan Prof Izzi kini hangat diperkatakan. Tidak wajar sekiranya seorang guru mengambil kesempatan ke atas anak didik mereka dan lagi tidak wajar sekiranya kita terus menghukum beliau.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, sebelum ini Shuhada Raba telah membuat laporan polis dan kertas siasatan telah pun dibuka cuma pihak polis belum memanggil Prof Izzi untuk memberi keterangan.

Status Prof Izzi sebelum ini,

(An-Nisaa’: 78) : Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuhStatus terkini Prof Izzi,

Setakat ni saya tidak boleh memberi kenyataan sbb ianya masih dlm siasatan.Apa yang mengejutkan adalah, apabila ramai yang mengaku turut dicabul. Mari kita berdoa agar kes ini cepat diselesaikan kerana dibimbangi akan memberi kesan buruk kepada kedua-dua pihak.

6 GAMBAR KERANI JPJ MAUT DALAM KEMALANGAN KERETA KANCIL MEREMPUH GEN 2 DI KOTA BHARU

~6 GAMBAR KERANI JPJ MAUT DALAM KEMALANGAN KERETA KANCIL MEREMPUH GEN 2 DI KOTA BHARU~





Kota Bharu: Seorang penjawat awam wanita yang juga seorang kerani Jabatan Pengangkutan Jalan, maut manakalanya suaminya pula mengalami kecederaan parah bilamana kereta kancil yang dipandu oleh suaminya itu bertembung dengan sebuah kereta Proton Gen 2 di Melor, 8 pagi tadi.

Suzila Ismail, 32, maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah tersepit, suaminya Wan Mohd Khairul Irwan Wan Kamaruddin, 33, patah kaki. Anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun turut patah lengan kanan.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 pagi di Jalan Kota Bharu - Pasir Puteh, Kampung Padang Kala ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja Suzila di Panji.


Punca kejadian berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki oleh mangsa bertembung dengan Proton Gen 2 yang mengundurkan kenderaannya dengan laju sehingga terbabas ke laluan yang bertentangan.

Akibat dari pertembungan yang kuat itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. - Harian Metro









*** GAMBAR MANGSA KAMI TERPAKSA DELETE SELEPAS MENDAPAT ADUAN DARI RAKAN FB..AL-FATIHAH UNTUK ARWAH..