14 October 2014

[NGERI] ~7 FOTO LINTAH BERSARANG DALAM HIDUNG SEORANG GADIS~

[NGERI] ~7 FOTO LINTAH BERSARANG DALAM HIDUNG SEORANG GADIS~






Seorang gadis bernama Daniela Liverani dari Glasgow, Scotland tidak menyangka kesakitan yang dialaminya selama sebulan yang lepas pada bahagian hidung rupa-rupanya menjadi tempat bersarang seekor lintah.

Beliau menyangka kesakitan berkenaan disebabkan daripada kemalangan motorsikal yang dialaminya ketika mengembara ke pelusuk Asia Tenggara.

Liverani kemudiannya dikejarkan ke hospital dan doktor mendapati seekor lintah melekat di dalam hidungnya.

Lintah berkenaan dipercayai melekat di hidung Liverani ketika berenang di Vietnam dan boleh masuk ke dalam mulut apabila terminum air sungai berkenaan.





SUMBER

[GILA] ~IBU JALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN LELAKI WARGA NEPAL DAN DI TIKAM~

[GILA] ~IBU JALIN HUBUNGAN SULIT DENGAN LELAKI WARGA NEPAL DAN DI TIKAM~






Gambar hiasan
KULIM - Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi tadi.

Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.

"Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan tikaman dengan senjata tajam di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja dengan wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 42 tahun itu sejak akhir-akhir ini.


SUMBER

[PERGHH] GILA RAHSIA PECAH 17FOTO ~FOTO SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN FAHRIN AHMAD DAN SARA ALI~

[PERGHH] GILA RAHSIA  PECAH 17FOTO ~FOTO SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN FAHRIN AHMAD DAN SARA ALI~






Drama bersiri adaptasi novel Acik Lana berjudul Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) merupakan ganti kepada drama sebelumnya Rindu Awak 200% dan kini semakin giat menjalani penggambaran di beberapa tempat pelancongan termasuk Pulau Kapalai, Sabah.

Apa yang menarik perhatian kami babak perkahwinan antara Fahrin (Luqman) dan Sara Ali (Melina) dalam drama tersebut yang nampak real. Rasanya babak ini akan menjadi perhatian ramai dan pasti ada yang tertipu, tak gitu?

Jom lihat 12 keping gambar sekitar majlis pernikahan Fahrin Ahmad dan Sara Ali. Kami harap tak de peminat yang tertipu. Babak ini sekadar lakonan semata-mata. Semua gambar dan tulisan artikel milik penuh blog edtv-zahidizakariya.

































SUMBER

[PANAS] ~SAYA TAK PERLU TUNJUK BUKTI DI INSTAGRAM - RITA RUDAINI ~

[PANAS] ~SAYA TAK PERLU TUNJUK BUKTI DI INSTAGRAM - RITA RUDAINI ~


KUALA LUMPUR: Kemelut dan persengketaan antara Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan bukan suatu perkara baharu sejak pasangan ini bercerai setahun yang lalu.

Malah keadaan semakin teruk apabila Aidil bertindak menggunakan laman sosial Instagram untuk berkongsi ceritanya mengenai Rita.

Rita ketika dihubungi Astro Gempak berkata, dia tidak akan melakukan perkara sama seperti Aidil untuk membuktikan dirinya berada di pihak yang benar.

“Kalau dia tidak puas hati dan rasa diri tidak salah, tak perlulah gunakan laman sosial untuk bersuara.

"Lawan saja di mahkamah. Kes kami pun masih dibicarakan di mahkamah. Tak payah nak tunjuk di Instagram dan marah-marah tak tentu fasal.

“Saya sendiri ada bukti banyak tapi tak pernah ditunjuk di Instagram. Semua bukti saya serahkan ke mahkamah.

"Instagram ini bukan boleh buat keputusan siapa betul tanpa salah. Hanya mahkamah yang akan menentukan segala-galanya,” katanya.

Mengulas mengenai foto transaksi wang berjumlah RM2,000 yang dimuat naik Aidil dengan tujuan membuktikan nafkah ada diberikan kepadanya, kata Rita selama ini dia tidak pernah menuduh bekas suaminya itu tidak memberikan nafkah.

“Selama ini saya tak pernah cakap dia tak pernah bagi nafkah. Cuma nafkah yang dia bagi selama ini tak mencukupi. Itu saja.

"Jika dia bapa yang baik kepada anak saya, tak perlu dia menafikan apa yang kami minta dan tuntut untuk anak. Jika dia anggap RM2,000 itu satu nilai yang besar dan dia sudah boleh lepas tanggung jawab, memang dia silap," katanya.,” jawabnya ringkas.

Apabila ditanya mengenai dakwaan Aidil mengenai kiriman mesej yang tidak pernah dijawab, Rita memberitahu ada menerima amaran daripada telefon bimbit bekas suaminya itu.

“Macam mana nak jawab kalau saya pernah tiba-tiba dapat mesej ‘Jangan Gatal’ daripada telefon Aidil? Sedangkan malam sebelumnya elok sahaja Aidil mesej dan telefon saya.

“Sejak itu saya tidak membalas mesejnya kerana bimbang dituduh pengacau rumah tangga orang pula. Lagipun saya rasa dia macam tidak terima mesej yang dihantar kerana bila saya membalas mesej dia pula akan senyap.

"Keesokannya dia akan mesej bertanyakan soalan yang sama seolah-olah saya tak menjawab soalannya sebelum itu. Saya kurang pasti jika ada orang yang memadamkan mesejnya termasuk menulis khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi Jangan Gatal itu.

“Bukti jelas di sini, selalunya dia akan balas membahasakan diri awak kepada saya. Tetapi mesej ‘Jangan Gatal’ itu menggunakan ganti diri ‘I’,” katanya.

Tambah Rita lagi, dia mempunyai bukti bertulis ketika suaminya bermain kayu tiga dengan isterinya sekarang beberapa bulan lalu sebelum mereka berkahwin.

"Saya memang ada bukti mereka bersandiwara dengan saya selepas enam bulan dia keluar dari rumah. Tapi saya simpan saja bukti itu.

“Saya pernah tunjuk kepada dia dan dia sendiri tertunduk malu. Saya tak mahu cakap kosong," katanya.

Berkenaan dakwaan Aidil mengenai Rita berbohong tidak pernah menuntut cerai dan berbohong kepada wartawan, Rita mempersoalkan bukti yang Aidil ada.

"Ada ke bukti di mana-mana mahkamah yang mengatakan saya pernah buat permohonan cerai daripada dia? Sebelum ini pun mahkamah dah buktikan saya tak pernah nusyus. Kalau permohonan cerai daripada dia adalah saya terima," katanya.

Bagaimanapun kata Rita, dia kecewa kerana perkara ini berlaku hanya disebabkan dia mahu menuntut hak dirinya dan anak-anak.

"Sedih jadinya apabila penat lelah saya seorang diri menjaga anak tidak dihargai langsung. Mana nak jaga anak, bekerja, naik turun mahkamah lagi.

Saya cuba terbaik untuk jadi ibu dan bapa yang sempurna untuk anak. Saya melebihkan anak daripada segala-galanya.

“Saya percaya ada orang seronok melihat Aidil benci saya. Walaupun kami cuba berbaik kerana anak, tapi ada orang akan cuba lagakan kami supaya kami berdua tidak boleh berbaik sampai bila-bila,” luahnya kesal.


SUMBER

13 October 2014

[PERGHH...SADISS..] FOTO~PENDEDAHAN PUNCA INTAN LADYANA PUTUS CINTA DENGAN KAMAL ADLI~

[PERGHH...SADISS..] FOTO ~PENDEDAHAN PUNCA INTAN LADYANA PUTUS CINTA DENGAN KAMAL ADLI~




Hebatnya cinta. Kerana cinta, empayar Rom musnah. Kerana cinta, seorang lelaki yang kacak, macho dan tampan seperti Kamal Adli sanggup melutut untuk menagih cintanya kembali. Itulah kehebatan cinta. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup direnangi.

Mungkin kalau si kekasih suruh terjun bangunan pun si lelaki sanggup lakukan kerana mabuk dilamun cinta. Memang ajaib penangan cinta ini.

Lagi hebat apabila 6 tahun bercinta dan ditinggalkan begitu sahaja seperti yang dialami oleh Kamal Adli. Sedih kami membaca luahan kata-kata Kamal Adli di BiPop hujung minggu lalu.

Mana tidaknya, Kamal Adli sanggup berlutut di hadapan Intan Ladyana. Sayangnya Intan Ladyana buat tak tahu sahaja. Memang pedih jiwa dibuatnya.

Jadi di sebalik perpisahan itu, apa agaknya punca Intan Ladyana tergamak memutuskan hubungan cinta dengan Kamal Adli? Takkan putus macam tu je? Jom baca di bawah pendedahan oleh ahli-ahli gosip di sebuah forum terkenal
























SUMBER
#MELEPAS DOLL  KAKLONG.. ;)

[GEMPAR] 2 FOTO ~RESTORAN MAMAK AL-EHSAN JAWAB TUDUHAN GUNA BACON DAGING BABI~

[GEMPAR] 2 FOTO ~RESTORAN MAMAK AL-EHSAN JAWAB TUDUHAN GUNA BACON DAGING BABI~






Nampaknya, pendedahan oleh pengguna Facebook Syam Iz telah dibalas oleh Restoran Al-Ehsan.Sulthan AlEhsan melalui Facebook peribadinya memberi jawapan balas bahawa dakwaan penggunaan Bakon daging babi itu tidak benar, sebaliknya bacon yang digunakan adalah Bacon daging lembu.

Beliau juga mengatakan restoran Al-Ehsan adalah sebuah restoran Muslim dan menjamin 100% kehalalan bagi masakan mereka.Semoga pencerahan ini menjawab tuduhan yang dimuatnaik oleh Syam Iz.Baca tulisan Sulthan Alehsan:

Salam to all. Behalf of Restoran Al-Ehsan, I found a false post in Facebook by someone named "Syam Iz" regarding our restaurant food. The post is been uploaded. For the information, it is clearly mentioned "5pkt" and we use bacon beef for breakfast set menu. And 100% guarantee we are serving Halal food in all our outlets. We are Pure Muslim and maintaining as well as following Agama Islam Syariah in our everyday lifestyle. Sorry for the inconvenience caused. Please do share this. Thank you.Salam kepada semua. Bagi pihak Restoran Al-Ehsan, saya telah mendapati satu pos salah tentang Restoran kami di dalam Facebook oleh "Syam Iz". Pos tersebut telah dimuat naik. Bagi pengetahuan semua, senarai barangan tersebut jelas di tulis "5 pkt" dan kami menggunakan bacon daging lembu untuk set menu sarapan. Kami memberikan 100% jaminan bahawa kami menghidangkan makanan yang halal di semua cawangan kami. Kami adalah Muslim dan mengamalkan Agama Islam Syariah dalam kehidupan seharian kami. Memohon maaf untuk gangguan yang dialami. Harap disebarkan. Terima kasih. 



Saudara Sulthan juga telah membuat laporan Polis untuk menafikan status itu seterusnya meminta pengguna Facebook, Syam Iz agar memadamkan segera status dakwaan itu:




SUMBER

[GANAS] ~TEMAN LELAKI BUAS UGUT JANDA~

[GANAS] ~TEMAN LELAKI BUAS UGUT JANDA~






Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Gara-gara dituduh curang, seorang ibu tunggal terpaksa hidup dalam ketakutan apabila diugut bunuh oleh teman lelaki yang baru dikenalinya.

Tidak cukup dengan itu, teman lelakinya itu turut mengugut akan menghantar ilmu 'santau' kepadanya selepas tidak berpuas hati dengan mangsa yang kerap pulang lewat dari tempat kerjanya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yati, 46, berkata, teman lelaki yang dikenalinya sejak Mac lalu itu turut mengugut akan mencederakan anaknya selepas dia meminta untuk memutuskan hubungan.

Mangsa yang berkerja sebagai pengawal keselamatan itu mendakwa, dia mensyaki teman lelaki berusia 22 tahun itu menagih dadah kerana sering meminta duit daripadanya.

"Saya buntu mencari jalan penyelesaian, malah turut tertekan kerana diganggu setiap hari selepas saya minta untuk memutuskan hubungan.

"Dia pernah mengugut untuk bunuh saya dan berkata tidak takut sekiranya perkara itu dilaporkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia menerima ugutan itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berkenaan selepas teman lelakinya itu mencuri wang tunai dan telefon bimbitnya ketika dia keluar ke tempat kerja.

Yati memberitahu, dia tidak tahu di mana teman lelakinya itu ketika ini tetapi risau sekiranya dia mencarinya semula dan mencederakannya.

"Ketika mula-mula mengenalinya, dia seorang yang sangat baik dan menghormati saya, tetapi tiba-tiba dia berubah selepas berkawan dengan beberapa individu yang mungkin penagih dadah.

"Saya selalu pulang lewat kerana kerja lebih masa, tetapi dia pula menganggap saya mempunyai hubungan bersama lelaki lain menyebabkan dia kerap marah dan selalu meminta duit daripada saya,"katanya.

Mangsa yang risau dirinya akan terus diganggu teman lelaki itu bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar H S Lee, semalam.


SUMBER

[TERNOW] SEDIH ~4 FOTO ~ DUA ANGGOTA POLIS MENINGGAL DUNIA DIHEMPAP POKOK DI KG ATTAP K.LUMPUR SEBENTAR TADI~


[TERNOW] SEDIH ~4 FOTO ~ DUA ANGGOTA POLIS MENINGGAL DUNIA DIHEMPAP POKOK DI KG ATTAP K.LUMPUR SEBENTAR TADI~




[TERNOW] SEDIH ~4 FOTO ~ DUA ANGGOTA POLIS MENINGGAL DUNIA BILA PONDOK BERTUGAS DIHEMPAP POKOK DI KG ATTAP K.L
Innalillahiwainnailaihirojiun..... Sedih lagi bila dapat berita 2 org anggota polis meninggal dunia bila pondok bertugas dihempap pokok sebentar radi di Kg Attap Kuala Lumpur..


AL_FATIHAH










Al'fatihah..Semoga mereka berdua di tempatkan bersama2 mereka yg beriman..Kpd ahli klrga mereka Salam takziah di ucapkn..Bersabar lh kerana ajal mereka sudah sampai .. Allah swt lebih meyayangi mereka(Si Mati)..Aamiin..

SUMBER

[TERHARU] ~2 FOTO TINDAKAN ORANG TUA YANG BUDIMAN~

[TERHARU] ~2 FOTO  TINDAKAN ORANG TUA YANG BUDIMAN~

 



Beberapa keping gambar seorang lelaki yang memakaikan pakaian baharu kepada gelandangan tersebar dan menjadi viral di laman Facebook.

Tindakan lelaki tua berkenaan mendapat pujian ramai yang menyifatkan dia mempunyai peribadi mulia.

Menurut maklumat daripada sebuah akaun milik Malaysians Against Racism di laman Facebook, gambar itu dirakam di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan ia dikirimkan oleh individu bernama Malek Hassan.

Seorang pengguna, Yinhan Phoon berterima kasih dengan tindakan sebegitu yang secara tidak langsung menggambarkan keperihatinan rakyat Malaysia.

“Malaysia kelihatan lebih cantik dengan tindakan seperti ini, terima kasih!” tulisnya.






Pandangan itu turut dikongsi oleh Farah Ramlee yang berharap ramai lagi rakyat Malaysia bersikap seperti ini.

“Semoga Allah memberkati anda sentiasa. Harap dapat lihat lebih banyak tindakan seperti ini,” tulisnya di laman Facebook.

Manakala bagi Nian Gill, lelaki berkenaan juga disifatkan sebagai seorang Muslim yang baik.

“Satu contoh sebagai seorang Muslim yang baik,” tulisnya.

Malah, rata-rata ramai yang turut menyampaikan mesej tanda hormat terhadap tindakan lelaki itu.

SUMBER

[NGERI] ~7 FOTO LAGI ~PUNCA SEBENAR JEJANTAS RUNTUH DI LEBUHRAYA PASIR GUDANG TERJAWAB~


[NGERI] ~7 FOTO LAGI ~PUNCA SEBENAR JEJANTAS RUNTUH DI LEBUHRAYA PASIR GUDANG TERJAWAB~



JOHOR BAHRU: Struktur bumbung jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan ribut petang tadi lalu menghempap dua kereta, sebuah lori dan motosikal.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 4.30 petang itu.

Insiden itu menyebabkan lalu lintas di laluan berkenaan terhalang.

Siasatan dan kerja mengalih struktur berkenaan sedang dilakukan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan seorang pemandu lori cedera dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Katanya, pemandu lori yang tersepit di tempat duduknya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Dalam kejadian ribut itu, bumbung kira-kira 30 rumah di Taman Kobena turut diterbangkan angin.

Lagi gambar..
















SUMBER

[HAIWAN] ~IBU SANGGUP RANTAI ANAK MACAM ANJING~

[HAIWAN] ~IBU SANGGUP RANTAI ANAK MACAM ANJING~



Seorang ibu bertindak merantai anaknya pada basikalnya yang ditunggangnya dengan alasan itu adalah satu-satunya cara untuk membuatkan anaknya yang berusia 9 tahun tidak lari daripada rumah lagi. Wanita tersebut berbuat demikian selepas menuntut anaknya dari balai polis.

Pihak polis teleh menemui kanak-kanak tersebut di tepi jalan dan telah membawanya pulang ke balai polis dalam memastikan keselamatannya. Bagaimanapun, ketika ibu kepada kanak-kanak tersebut datang untuk menuntut anaknya, kanak-kanak berkenaan enggan mengikut ibunya pulang malah berkata lebih sanggup tinggal di balai polis sahaja.




Wanita tersebut kemudiannya berjaya meyakinkan pihak polis yang dia akan melayan anaknya dengan lebih baik selepas ini. Apa yang berlaku selepas itu, ibu berusia 39 tahun itu bertindak merantai anaknya untuk mengelakkan kanak-kanak tersebut lari. Kanak-kanak tersebut masih berkeras tidak mahu mengikut ibunya dilihat mengelupur di atas lantai dan lari memeluk pokok.

Berdasarkan sumber lagi, wanita berkenaan merupakan seorang ibu tunggal yang menganggur dan tidak mendapat pendapatan yang tetap. Beliau juga mendakwa yang anaknya memang suka melarikan diri daripada rumah. Wanita tersebut bagaimanapun berada di bawah pemerhatian pertubuhan sosial dan pihak berkuasa.

SUMBER

12 October 2014

[PANAS] -RAKAMAN VIDEO~GADIS THAI URUT KAKI BUAT PACKAGE LAIN YANG TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL~

[PANAS] -RAKAMAN VIDEO~GADIS THAI URUT KAKI BUAT PACKAGE LAIN YANG TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL~





Pelanggan lenguh kaki mengambil keputusan untuk diurut kakinya di premis di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia kemudian terkejut dengan halwa mata dipersembahkan oleh gadis Thailand bertugas.

Menurutnya, tukang urut warga asing itu tidak menawarkan khidmat seks.

Sebaik terlihat 'visual istimewa' di hadapan mata, pelanggan itu lantas mencapai telefon bimbit dan merakamkan aksi gadis terbabit. Khidmat mengurut itu dijalankan di ruang terbuka, bukan di dalam bilik bertutup.

Sekali lagi saya tegaskan, video di bawah mengandungi visual seksi terlampau, BUKAN untuk tontonan mereka di bawah umur 18 tahun.

Tidak dapat disangkal, banyak premis urut bercambah di ibu kota, bersaing sesama sendiri. Tentunya setiap premis menawarkan khidmat itu cuba untuk memancing pelanggan agar datang berulang kali.

Tiada paksaan untuk menonton video di bawah, sila gunakan budi bicara sendiri. Saya sekadar memaparkan realiti.
Mungkin selepas ini, ramai isteri akan berasa sangsi untuk membenarkan suami berseorangan diurut kaki.

              CLICK VIDEO DIBAWAH




SUMBER

[SETAN] FOTO KANTOI ~BINI BERGANDING BAHU DENGAN LAKI UNTUK MEROMPAK SECARA BERHEMAH~ HATI2.!!

[SETAN] FOTO KANTOI ~BINI BERGANDING BAHU DENGAN LAKI UNTUK MEROMPAK SECARA BERHEMAH~







Merompak cara berhemah. Sepasang suami isteri akan datang kerumah bertanyakan sesuatu pada tuan rumah di luar rumah.

Pada masa yang sama suami minta izin untuk buang air kecil dan masuk kedalam rumah. Bila masuk ke rumah, suami akan menyelongkar bilik yang ada apa-apa brg berharga.





Image mereka seperti dipaparan. Hanya isteri berjaya dapat diambil gambarnya manakala suaminya melarikan diri tergesa-gesa. No plet kereta ditutup/dihitamkan.

Operasi mereka di kawasan Seremban, Nilai, KL. Harap maklum.


SUMBER

[NGERI] ~EKZOS MOTOR MAT REMPIT MELAYANG MASUK DALAM KERETA, BAGAIMANA DENGAN PEMANDU??~

[NGERI] ~EKZOS MOTOR MAT REMPIT MELAYANG MASUK DALAM KERETA, BAGAIMANA DENGAN PEMANDU??~



Seperti kita sedia maklum ramai golongan mat rempit di Malaysia ni memang handal bab modified motosikal.

Paling ketara ekzos motosikal yang diubah daripada ekzos standard kepada ekzos yang lebih mesra rempit dan berbunyi macam nak pergi berperang.

Maka setiap kali mat rempit dengan ekzos modified ini meneran enjin di jalan raya pengguna lain terpaksa menahan sakit telinga.

Tapi satu insiden di Pasir Gudang baru-baru ini menunjukkan kegilaan mat rempit mengubah ekzos motosikal bukan sahaja menyumbang kepada pencemaran bunyi tetapi boleh meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

Menerusi tiga keping gambar yang dikongsikan di laman sosial, seorang pemilik kereta menceritakan detik cemas bagaimana cermin kereta hadapannya tiba-tiba pecah selepas dihentam sesuatu.

Alangkah terperanjat dia apabila mendapati objek yang melayang menghentam cermin keretanya adalah ekzos motosikal yang masih panas.



Mujur dia sempat mengelak, kalau tidak bayangkan muka hadapan akhbar keesokan harinya mungkin berbunyi ‘pemandu maut dengan ekzos terpacak di dahi!’.




Kepada mat rempit di luar sana, bawa-bawalah insaf.

Kegiatan menunggang motosikal dengan laju dan menggunakan ekzos modified adalah perbuatan syok sendiri yang hanya akan membuatkan anda dimaki hamun pengguna jalan raya lain.

Kalau tak mau dengar juga nasihat ni, maka tunggu sajalah nasihat daripada JPJ ketika sekatan jalan raya..


SUMBER