02 September 2014

[TERNOW]~Petugas media ditumbuk ahli keluarga MH17~

[TERNOW]~Petugas media ditumbuk ahli keluarga MH17~



Petugas media ditumbuk ahli keluarga MH17 

KUALA LUMPUR: Kekecohan berlaku semasa ketibaan tiga jenazah penumpang MH17, iaitu pasangan Paul Goes, warga Belanda dan isterinya, Subashni Jretnam, serta anak mereka, Kaelamayajay Goes di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Ia berlaku apabila salah seorang ahli keluarga mendiang, secara tiba-tiba menyerang jurugambar dan jurukamera yang membuat rakaman semasa urusan mengeluarkan jenazah pertama daripada van jenazah.


Lelaki itu kemudian cuba menumbuk beberapa orang petugas media menyebabkan jurugambar New Straits Times (NST), Mohd Aizuddin Akmal Saad cedera di bahagian muka dan hidung.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi selepas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.



Keadaan kembali tenang selepas petugas media diarahkan beredar dan memasuki bangunan pusat peringatan.

Tiga jenazah penumpang MH17 itu kemudian ditempatkan sementara di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi selepas selesai Istiadat Penghormatan Jenazah di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pagi Selasa.

Jenazah warga Belanda, Paul Goes, dan pasangannya warganegara Malaysia, Subashni Jretnam, dan anak mereka, Kaelamayajay Goes kemudian akan disemadikan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Ketiga-tiga jenazah tiba kira-kira jam 10.45 pagi dengan disambut ahli keluarga, sanak saudara, dan rakan-rakan.

Jenazah mendiang Paul Goes sebelum ini dibenarkan pihak berkuasa Belanda untuk diterbangkan dan disemadikan di Malaysia bersama isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun.
~SUMBER ASTRO AWANI~
SALAM TAKZIAH

No comments:

Post a Comment