TERNOW~NYAWA SHAH RUKH KHAN DI TANGAN MAFIA DI INDIA~
Shahrukh Khan Terima Ancaman Mafia Di India
Menjalani kehidupan sebagai seorang yang
dikenali di seluruh dunia sememangnya banyak memberi keburukan
berbanding kebaikan. Pelbagai perkara yang merbahaya boleh mengancam
keselamatand diri serta ahli keluarga yang lain.
Termasuk aktor
hebat Shahrukh Khan yang kini terpaksa meminta bantuan polis di India
untuk sentiasa menjaga keselamatan dirinya dan keluarga terutamanya
apabila membuat sebarang aktiviti di luar kawasan rumah.
Menurut
pihak polis di India, Shahrukh Khan kini sudah mengambil langkah
berjaga-jaga terhadap ancaman seorang mafia yang merbahaya iaitu Ravi
Punjari.
“Shahrukh Khan ini meminta bantuan pihak polis untuk
sentiasa menjaga keselamatan dirinya serta ahli keluarga yang lain
kerana telah menerima ancaman dari seorang mafia terkenal, Ravi Punjari.
Kami sentiasa memantau pergerakan aktor ini bagi mengelakkan sebarang
kejadian yang tidak diingini berlaku,” jelas pihak polis seperti dipetik
menerusi Indian Express.
Sebelum ini, penerbit terkenal Ali
Morani juga menjadi mangsa ugutan bunuh oleh orang yang sama sehingga
mendapat perhatian pihak media di India.
Namun sehingga kini
Shahrukh Khan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan
berita ini dan pihak polis juga tidak memberi sebarang penjelasan yang
jelas mengenai ancaman yang diterima oleh Shahrukh Khan.
No comments:
Post a Comment