19 August 2014

~RESEPI PUDING TELUR CARAMEL ABANG JANJI TAK KELUAR RUMAH~ ~jgn marah2, kita blaja resepi puding plak~

~RESEPI PUDING TELUR CARAMEL ABANG JANJI TAK KELUAR RUMAH~
~jgn marah2, kita blaja resepi puding plak~



~Selamat Tengahari Smua, Hari ni Honey nak buat puding ni, Sbb Abang Selalu keluar umah... =)
Simple je.. Bahan2nye..

Bahan-bahan (Caramel) :
5 sudu besar gula
2 sudu besar air


Cara-cara buat caramel :
Masukkan gula ke dalam pan/kuali kemudian masukkan 1 sudu besar air.. Guna api yang perlahan sahaja ok.. :)

Kacau sampai la gula tu cair.. Kalau nak tahu sama ada caramel ni jadi ke tak, gula tu akan jadi kering terlebih dahulu, pastu dia keras melekat-lekat lepas tu baru gula tu cair dan warnanya jadi kekuningan macam tu. Jangan terlalu gelap, takut pahit..

Dah agak puas hati dengan warna caramel tu, tuangkan lagi 1 sudu besar air, part ni kena hati-hati takut gula tu terpercik kena tangan pulak... Kacau cepat-cepat kemudian terus tuang ke dalam bekas acuan dan biarkan caramel tu sejuk dan keras..

Bahan-bahan (Puding) :
5 biji Telur (3 biji ambil kuning dan putih sekali, lagi 2 biji kuning sahaja)
4 sudu besar gula
1 tin susu cair (saya guna jenama Marigold)@ halal
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara buat puding :
Kacau telur perlahan-lahan, tak perlu kacau macam nak buat kek atau telur dadar, kacau slow-slow je jangan sampai telur berbuih..


Masukkan 4 sudu besar gula, kacau lagi sehingga gula hancur.

Selepas tu, panaskan 1 tin susu cair bersama 1 sudu kecil esen vanila menggunakan api yang kecil. Kacau perlahan-lahan jugak.. Tak perlu sampai mendidih, bila dah berasap sikit tu ok la..

Kemudian masukkan susu yang sudah dipanaskan sedikit demi sedikit ke dalam telur yang dah dikacau tadi, kacau perlahan-lahan ye..

Bila dah agak sebati, tuangkan campuran telur + susu tadi ke dalam bekas yang berisi caramel yang sudah keras tu.. (Jangan lupa tapis ye :)

Lepas tu, ambil aluminium foil tutup bekas tu.. Kemudian bolehlah dikukus selama 30 hingga 45 minit dengan api yang sederhana/kecil. Bekas tu kita tutup sebab nak elakkan wap air masuk ke dalam bekas, nanti tawar pulak kan..

Ok, lepas dah siap tu tunggu sejuk sebentar, then masukkan dalam peti ais, sejukkan dan makannnn.. Nyum3.. memang sedap! :D



Alhamdulillah, resepi ni memang mudah sangat.. Semua orang pun boleh buat.. Selamat Mencuba :D

Note : Jangan guna bekas acuan yang terlalu besar nanti puding ni nipis je, sebab adunan ni dapat ngam-ngam satu bekas Disposable Plastic Microwave.. cam dalam gambar kat bawah ek
..

No comments:

Post a Comment