20 August 2014

~RESEPI KOKTEL BUAH-BUAHAN AYANG TAK DAPAT TIDO MALAM~ ~SEREM CITA ANTU MLM TADI~

~RESEPI KOKTEL BUAH-BUAHAN AYANG TAK DAPAT TIDO MALAM~ 
~SEREM CITA ANTU MLM TADI~



1)~Resepi Koktail Buah Buahan~
2)~KOKTEL BUAH-BUAHAN AIS KRIM VANILLA~


Mendengarkan perkataan “koktail” pertama kali memberikan kesan negatif terhadap makna koktail itu sendiri. Setelah faham, barulah tahu yang koktail itu hanyalah bermaksud “capuran” dan Koktail Buah Buahan tidak lain tidak bukan hanyalah sebuah minuman campuran berasaskan buah buahan. Jangan risau, ianya adalah halal dan sedap.



~Resepi Koktail Buah Buahan~

Bahan Bahan Untuk Membuat Koktail Buah Buahan :

1 tin Koktail Buah Buahan (menu 5-6 person), 
1 tin susu cair F&N, 
2 bungkus sumi (untuk mencantikkan hidangan koktail anda, boleh juga digantikkan dengan puding sumi berperisa mangga), 
1 botol nata de coco dan gula
(SEMUA PASTIKAN PRODUK HALAL YER)


Cara Penyediaan Koktail Buah Buahan :

Sediakan satu mangkuk besar untuk hidangan kepada 5-6 orang,
masukkan sedikit air untuk mencairkan 3 sudu kecil gula, 
kemudian masukkan susu cair, masukkan potongan kuib atau pelbagai cara mengikut pilihan (sumi & puding), 
masukkan 1 tin Koktail Buah Buahan, seterusnya masukkan 1 botol nata de coco,
gaulkan kesemua bahan-bahan tadi. 
Akhir sekali masukkan beberapa kiub ais batu untuk menaikkan rasa dan aroma koktail anda..





Selamat mencuba dan selamat menikmati.


~KOKTEL BUAH-BUAHAN AIS KRIM VANILLA~

Bahan-bahannya: 
2 tin koktel buah-buahan – ambil bersama airnya
1 tin buah longan – ambil bersama airnya
1 mangkuk jeli Nata De Coco (laici dan strawberry)
100 gram buah ceri, jika suka
4 tin susu sejat Marigold
½ tupperware ais-krim perasa vanilla - jenama Magnolia
Ketulan ais secukupnya
(pastikan Produk2 ini Halal & tidak menyumbang kepada musuh2 *****.)
Penyediaannya: 
1. Sediakan punch bowl. Masukkan susu sejat diikuti dengan ais-krim vanilla. 
Biarkan ais krim larut di dalam susu sejat dan kacau rata.
2. Masukkan buah-buahan koktel, diikuti dengan buah longan beserta jusnya, buah ceri, dan jeli Nata De Coco. Kacau rata.
3. Akhir sekali baru masukkan ketulan ais secukupnya dan hidangkan semasa sejuk.

4.  1/2 bekas ais krim vanilla digunakan untuk resepi ini.


#selamat menikmati ;)

No comments:

Post a Comment