19 August 2014

[SERAM]~WAKTU MAGHRIB BENDA TU DATANG~

~Cerita Seram di Asrama Kolej Saya. Percayalah..~



Are you dare to read this entry until the end? Actually aku pun seram sejuk nak menaip sebab aku masih tinggal lagi di asrama tu. Ingatkan nak post entry ni bulan depan lepas habis matrik, tapi kesian pulak kat korang nanti kempunan nak dengar cerita hantu! 

First of all, kat asrama aku tu ada hantu nenek. owang puteh katew "Grandma Ghost". Nak dijadikan cerita, kawan baik aku pernah mengalami sendiri peristiwa dengan hantu nenek ni. Kawan aku ni budak sains module 1. Dia selalu sangat ada kelas tambahan sampai malam. Pada satu malam Sabtu, hujan renyai-renyai. Kawan aku ni duduk asrama yang paling jauh di kalangan asrama-asrama yang ada. 

Asrama C5. Asrama yang aku duduk sekarang ni laaa. Masa dia nak balik bilik, dia sorang-sorang. Dia pun berjalan laa kat jalan yang hanya berbekalkan dengan lampu jalan kuning yang agak malap. Pada masa tu, ada lagi sorang budak perempuan sains yang nak balik asrama. Tapi budak tu tinggal blok C3. Akhirnya, sampai satu simpang mereka terpaksa berpisah. Satu ikut jalan kiri, satu lagi ikut jalan kanan. Kawan baik aku ni ikut jalan kanan. 

Masa diorang nak berpisah jalan tu, kawan baik aku ni terasa ada angin tiup. Pastu mata dia nampak ada benda putih terbang ke arah jalan kiri. Kawan aku ni dah seram sejuk terus dia berlari balik C5. Beberapa hari lepas kejadian tu, kawan baik aku ni pergi laa kafeteria C. Semua pelajar perempuan yang tinggal asrama C akan makan kt kafe tu. Kawan baik aku ni nak beli burger. 

Tapi dia ada nampak sekumpulan pelajar, felo dan penolong pengarah dan ada budak perempuan menangis kat tengah. Rupanya budak perempuan tu laa yang kawan aku noticed yang balik sama jalan dengan dia masa malam hujan renyai-renyai tu. Budak perempuan tu cerita hantu nenek ikut dia balik bilik.

Hantu tu try pegang badan dia jangan kasi jalan , budak perempuan tu pulak ternampak sekali muka hantu nenek tu. Budak perempuan tu demam beberapa hari. Member baik aku ni terdengar cerita tu Bersyukur gila sebab kalau bukan budak perempuan tu yg kena ikut, mesti hantu tu pilih dia. Pandai jugak hantu nenek tu main la la li tam plom eh nak pilih mangsa yang mana satu..

Lagi satu cerita, asrama C5 yang aku tinggal sekarang ni pun berhantu. Hanya tingkat 2,3 dan 4 sahaja yang dipenuhi. tingkat 1 wing A dan wing B tak dipenuhi. Aras 1 wing A dipagar. Felo asrama kata aras 1 ni pelajar tak boleh tinggal sebab ada masalah bekalan elektrik. Okay lah fine la macam tu. 

Masa satu petang, aku nak beli makanan kat koperasi guna baucar RM50 hahaha. Abang koperasi tu tanya la aku ni duduk asrama mana? kesian kena angkat makanan banyak. Yelaa mestilah berat,aku bantai beli maknan berjumlah RM50 stok dalam bilik untuk sebulan tu! 

Aku pun cakap la aku ni duduk asrama C5. Abang tu terkejut laa. pastu dia tanya tak pernah jadi apa2 ke kat asrama aku tu. kenapa aras 1 tu kosong. Pastu aku cerita laa ada masalah elektrik aras satu tu. Abang tu cakap " Ehh yeker? boleh percaya ke cakap felo tu? bukan ke sebab ada pelajar perempuan india yang bunuh diri dalam bilik aras 1 tu beberapa tahun lepas?" 

Perghhhhhhhhhh!! meremang seh bulu-bulu roma aku. Now sekarang baru aku tahu kenapa aras 1 wing A berpagar walaupun banyak bilik kosong. Sebab wing tu keras!!!!

So far alhamdulilah la sepanjang aku duduk asrama C5 tak pernah lagi kena kacau. Aku duduk aras 4 wing B. Bilik aku menghadap jalan raya. Selalu jugak aku dengar bunyi motor dan kereta lalu pukul 2 / 3 pagi . mungkin pakguard la tu tengah meronda. aku pernah kena kacau masa aku duduk asrama C2.

Masa tu waktu maghrib aku sorang2 dalam bilik. aku sembahyang maghrib tapi tak khusyuk sebab dengar bunyi bergeser-geser. Bunyi macam satu benda tajam macam pisau tengah kikis-kikis dinding batu. Lepas solat aku mengaji. Bunyi tu berhenti.. Lepas aku mengaji, aku salin la baju sebab nak pergi dinner kat kafe. Aku terpandang tingkap then aku nampak benda kuning terbang!!!! Aku terus lari pergi bilik kawan. muka dah pucat gilaaa kot! Aku pun pelik macam mana langsir tu boleh terselak. Sebabnya sebelum matahari terbenam, aku akan pastikan semua tingkap ditutup. aku taknak tengok pemandangan luar masa waktu malam. Sebabnya asrama lama aku ( C2) tu menghadap bukit. Menyeramkann..

Asrama C3 lagi keras. Sebabnya asrama tu adalah asrama yang paling dekat dengan bukit. Bilik yang paling atas dan yang paling hujung mesti jadi tumpuan geng-geng hantu. Kawan sekelas aku pernah kena gigit pelesit. fyi, aras 4 asrama C3 ni kosong. lampu koridor pun mati, sebab semua pelajar aras 4 asrama C kena pindah pernah C5 (asrama aku sekarang) sebab taknak masalah air berlarutan. So, pada satu malam bulan final exam semester 1, ada sorang pelajar perempuan kena histeria. 

Masa budak perempuan tu sedang belajar waktu malam, dia nak pergi ke tandas. dia pergi sorang-sorang.. Lepas dah buang segala apa yang patut, tiba-tiba budak perempuan tu macam kena pukau. Dia bukannya pergi balik bilik dia. Tapi dia pergi naik aras 4 yang gelap gelita tu! budak perempuan tu tinggal aras 3. budak tu tak sedarkan diri sampai ada "benda" pegang dia dari belakang then dia kena histeria.. 

So, conclusionnya, berjaga-jagalah di tempat orang. Selalunya semua asrama kolej dahulunya adalah sebuah hutan tetapi ditebang untuk bina pusat pendidikan. Kita tak boleh la nak halau 'mereka-mereka' ni seperti hantu nenek sebabnya itu adalah kawasan asal mereka. so, berjaga la sikit mulut tu. So, tolong doakan Cha baik-baik saja kat asrama C5 ni sampailah habis final exam ye?? Amin... 

by Yunis aka Cha,thanx

No comments:

Post a Comment