22 July 2014

Gempar : Ezany kongsi gambar Isteri dan ‘Skandal’ di facebook

Boleh dikatakan, kemelut rumah tangga Ezany Nizariff sudah diketahui ramai selepas tersiar di akhbar utama dan turut dilaporkan Mynewshub semalam.
Kes rumahtangga pelakon yang turut dikenali sebagai usahawan belacan ini menjadi panas apabila dia mengaku membuat laporan polis bahawa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin lari mengikut lelaki lain dan hanya disedari ketika dia bangun untuk bersahur beberapa hari lalu. 

Nampaknya mungkin kerana terlalu tertekan, Ezany dilihat berkongsi perasaan dan perkembangan ‘kes’ isterinya dan lelaki tersebut menerusi laman sosial Facebook. 

Hari ini sahaja, Ezany telah memuat naik beberapa pos termasuk gambar isterinya bersama seorang lelaki dipercayai pihak yang didakwa telah melarikan isterinya selain menceritakan apa telah berlaku pada dirinya.
Selain itu, Ezany dipercayai telah pergi mencari lelaki tersebut di tempat kerjanya berdasarkan satu lokasi yang dikongsikan.

Tak dinafikan, memang hebat sungguh dugaan yang terpaksa ditempuh Ezany pada bulan mulia ini.
Namun diharapkan dia tidak mengikut perasaan marah kerana Islam telah menyediakan garis jelas apa perlu dilakukan suami isteri apabila berlaku masalah rumah tangga. 

Justeru diharapkan segala-galanya dapat diselesaikan dengan baik apatah lagi Ezany dan isteri mempunyai dua cahaya mata bersama yang perlu difikirkan agar mereka tidak menjadi mangsa keadaan. Credit MNH

No comments:

Post a Comment