Showing posts with label Info Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Info Ngeri. Show all posts

14 October 2014

[NGERI] ~7 FOTO LINTAH BERSARANG DALAM HIDUNG SEORANG GADIS~

[NGERI] ~7 FOTO LINTAH BERSARANG DALAM HIDUNG SEORANG GADIS~






Seorang gadis bernama Daniela Liverani dari Glasgow, Scotland tidak menyangka kesakitan yang dialaminya selama sebulan yang lepas pada bahagian hidung rupa-rupanya menjadi tempat bersarang seekor lintah.

Beliau menyangka kesakitan berkenaan disebabkan daripada kemalangan motorsikal yang dialaminya ketika mengembara ke pelusuk Asia Tenggara.

Liverani kemudiannya dikejarkan ke hospital dan doktor mendapati seekor lintah melekat di dalam hidungnya.

Lintah berkenaan dipercayai melekat di hidung Liverani ketika berenang di Vietnam dan boleh masuk ke dalam mulut apabila terminum air sungai berkenaan.





SUMBER

13 October 2014

[GANAS] ~TEMAN LELAKI BUAS UGUT JANDA~

[GANAS] ~TEMAN LELAKI BUAS UGUT JANDA~






Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Gara-gara dituduh curang, seorang ibu tunggal terpaksa hidup dalam ketakutan apabila diugut bunuh oleh teman lelaki yang baru dikenalinya.

Tidak cukup dengan itu, teman lelakinya itu turut mengugut akan menghantar ilmu 'santau' kepadanya selepas tidak berpuas hati dengan mangsa yang kerap pulang lewat dari tempat kerjanya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yati, 46, berkata, teman lelaki yang dikenalinya sejak Mac lalu itu turut mengugut akan mencederakan anaknya selepas dia meminta untuk memutuskan hubungan.

Mangsa yang berkerja sebagai pengawal keselamatan itu mendakwa, dia mensyaki teman lelaki berusia 22 tahun itu menagih dadah kerana sering meminta duit daripadanya.

"Saya buntu mencari jalan penyelesaian, malah turut tertekan kerana diganggu setiap hari selepas saya minta untuk memutuskan hubungan.

"Dia pernah mengugut untuk bunuh saya dan berkata tidak takut sekiranya perkara itu dilaporkan kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia menerima ugutan itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berkenaan selepas teman lelakinya itu mencuri wang tunai dan telefon bimbitnya ketika dia keluar ke tempat kerja.

Yati memberitahu, dia tidak tahu di mana teman lelakinya itu ketika ini tetapi risau sekiranya dia mencarinya semula dan mencederakannya.

"Ketika mula-mula mengenalinya, dia seorang yang sangat baik dan menghormati saya, tetapi tiba-tiba dia berubah selepas berkawan dengan beberapa individu yang mungkin penagih dadah.

"Saya selalu pulang lewat kerana kerja lebih masa, tetapi dia pula menganggap saya mempunyai hubungan bersama lelaki lain menyebabkan dia kerap marah dan selalu meminta duit daripada saya,"katanya.

Mangsa yang risau dirinya akan terus diganggu teman lelaki itu bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar H S Lee, semalam.


SUMBER

[NGERI] ~7 FOTO LAGI ~PUNCA SEBENAR JEJANTAS RUNTUH DI LEBUHRAYA PASIR GUDANG TERJAWAB~


[NGERI] ~7 FOTO LAGI ~PUNCA SEBENAR JEJANTAS RUNTUH DI LEBUHRAYA PASIR GUDANG TERJAWAB~



JOHOR BAHRU: Struktur bumbung jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan ribut petang tadi lalu menghempap dua kereta, sebuah lori dan motosikal.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 4.30 petang itu.

Insiden itu menyebabkan lalu lintas di laluan berkenaan terhalang.

Siasatan dan kerja mengalih struktur berkenaan sedang dilakukan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan seorang pemandu lori cedera dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Katanya, pemandu lori yang tersepit di tempat duduknya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Dalam kejadian ribut itu, bumbung kira-kira 30 rumah di Taman Kobena turut diterbangkan angin.

Lagi gambar..
















SUMBER

12 October 2014

[NGERI] ~EKZOS MOTOR MAT REMPIT MELAYANG MASUK DALAM KERETA, BAGAIMANA DENGAN PEMANDU??~

[NGERI] ~EKZOS MOTOR MAT REMPIT MELAYANG MASUK DALAM KERETA, BAGAIMANA DENGAN PEMANDU??~



Seperti kita sedia maklum ramai golongan mat rempit di Malaysia ni memang handal bab modified motosikal.

Paling ketara ekzos motosikal yang diubah daripada ekzos standard kepada ekzos yang lebih mesra rempit dan berbunyi macam nak pergi berperang.

Maka setiap kali mat rempit dengan ekzos modified ini meneran enjin di jalan raya pengguna lain terpaksa menahan sakit telinga.

Tapi satu insiden di Pasir Gudang baru-baru ini menunjukkan kegilaan mat rempit mengubah ekzos motosikal bukan sahaja menyumbang kepada pencemaran bunyi tetapi boleh meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

Menerusi tiga keping gambar yang dikongsikan di laman sosial, seorang pemilik kereta menceritakan detik cemas bagaimana cermin kereta hadapannya tiba-tiba pecah selepas dihentam sesuatu.

Alangkah terperanjat dia apabila mendapati objek yang melayang menghentam cermin keretanya adalah ekzos motosikal yang masih panas.



Mujur dia sempat mengelak, kalau tidak bayangkan muka hadapan akhbar keesokan harinya mungkin berbunyi ‘pemandu maut dengan ekzos terpacak di dahi!’.




Kepada mat rempit di luar sana, bawa-bawalah insaf.

Kegiatan menunggang motosikal dengan laju dan menggunakan ekzos modified adalah perbuatan syok sendiri yang hanya akan membuatkan anda dimaki hamun pengguna jalan raya lain.

Kalau tak mau dengar juga nasihat ni, maka tunggu sajalah nasihat daripada JPJ ketika sekatan jalan raya..


SUMBER

[NGERI GILER] ~PEKERJA KONTRAKTOR NYARIS MAUT, BESI MAKAN LEHER.~


[NGERI GILER] ~PEKERJA KONTRAKTOR NYARIS MAUT, BESI MAKAN LEHER.~




Gambar Xie Mo sebelum menjalani pembedahan.

Pekerja Kontraktor Nyaris Maut. - Seorang pekerja nyaris maut selepas enam batang besi tertusuk menembusi lehernya, Xie Mo yang dijangka pulih sepenuhnya terselamat kerana besi itu tidak mengesan saluran dara utama atau tengkoraknya.

Kejadian berlaku ketika Xie Mo bekerja dalam sebuah pembenaan jambatan di Xiangyang di wilayah Hubei, Timur China minggu lalu.

Xie Mo berada di atas jambatan itu apabila mesen yang digunakan untuk melurusakan besi di depannya tidak berfungsi.


 



Besi yang dicabut keluar dari leher Xie Mo.





Dia tidak sempat mengelak apabila besi itu melayang dan menusuk di bahagian kanan legernya.
"Leher saya tiba-tiba merasa kebas sebelum saya reba, mujur saya tidak jati terus ke tanah," katanya.

Dia dikejarkan ke hospital sambil memegang besi itu bagi mengelak besi itu bergerak.
Doktor terpaksa meminta bantuan dari pihak bomba untuk memotong sebahagian besi itu, lima daripadanya lebih satu meter.
Xie Mo kemudian menjalani pembedahan untuk membuang baki besi itu dan dijangka akan pulih dalam masa beberapa minggu.

10 October 2014

[GEMPAR] VIDEO ~CCTV RAKAM CUBAAN MENCURI KERETA, ANAK ADA DI DALAM KERETA~

[GEMPAR] VIDEO ~CCTV RAKAM CUBAAN MENCURI KERETA, ANAK ADA DI DALAM KERETA~



CUBAAN MENCURI KERETA
ADA ANAK DAN ISTERI DI DALAMNYA...


          CLICK VIDEO DIBAWAH



#KUNCI KERETA SEMASA MENGISI MINYAK

08 October 2014

[SERAM] FOTO ~GOOGLE STREET VIEW RAKAM LEMBAGA MISTERI SEBUAH RUMAH~

[SERAM] FOTO ~GOOGLE STREET VIEW RAKAM LEMBAGA MISTERI SEBUAH RUMAH~




Satu penemuan yang sangat menyeramkan dari sebuah gambar yang diambil dari Google Street View di sebuah rumah di Cannock Chase, England.

Gambar tersebut menunjukkan satu lembaga seperti seorang lelaki yang tidak memakai baju di tepi tingkap bilik rumah.

Lembaga tersebut dengan wajah dan sorotan mata tajam yang memandang tepat ke arah kamera. Ini benar-benar terlihat sangat menyeramkan.




Pengkaji paranormal Inggeris, Lee Brickley, mengungkapkan bahawa, sekarang ini telah banyak gambar-gambar penampakan hantu di dunia online yang dapat dilihat oleh sesiapa pun.

"Saya menyelidiki sejarah rumah tersebut dengan harapan menemui penjelasan atas foto ini dan siapa lembaga itu. Yang saya takutkan adalah kita berhubungan dengan dunia iblis", kata Lee Brickley.

Lee menjelaskan bahawa, pemilik rumah tersebut masih terkejut dan merasa takut dengan penemuan ini setelah diberitahu.

Lee berharap pemilik rumah tersebut sedia bekerja sama bagi melakukan penyelidikan yang lebih mendalam untuk membongkar misteri yang ada di rumah tersebut.


SUMBER

[BIOL] 3FOTO ~SI BIOL TAK SABAR NAK PERGI PASARAYA~

[BIOL] 3FOTO ~SI BIOL TAK SABAR NAK PERGI PASARAYA~



Kejadian ini berlaku di TMC Bangsar. Kesian tuan punya kedai, habis semua barang-barang jualan dalam gerai tu kena rempuh kenderaan yang tidak berhati-hati ketika memandu. Nasib baik pelanggan

sempat beredar, sila sentiasa berhati-hati walau di mana berada.






SUMBER

[SADIS] ~MAUT AKIBAT SENJATA BALL PEN SENDIRIC~BINTULU

[SADIS] ~MAUT AKIBAT SENJATA BALL PEN SENDIRIC~BINTULU



Bintulu: malang tidak berbau apabila seorang lelaki yang juga pemandu van sewa tiba-tiba rebah dan meninggal dunia selepas senjata berbentuk ''Pen'' atau ''Ball Pen Gun,'' Tiba-tiba meletup pada tangan dan terkena pada bahagian dada menyebabkan lelaki berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian, di pasar raya bintulu semalam.




Dalam kejadian jam 8:30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian semasa kesan peluru dari senjata itu terkena tepat pada jantungnya.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Abdul Razak Mohammad berkata, sebelum kejadian mangsa dipercayaai bertemu dengan beberapa rakan yang ketika itu sedang menunggu penunpang di pasar berkenaan.

Menurutnya, secara tiba-tiba rakannyaterdengar bunyi seperti letupan mercun sebelum melihat mangsa rebah di tempat kejadian.




"Rakannya memaklumkan "Ball Pen Gun" itu masih di tangan dan mangsa sempat memberitahu kepada rakannya bahawa dadanya sakit.

SUMBER H.M

07 October 2014

[NGERI] ~PUTUS KAKI POTONG JALAN~

[NGERI] ~PUTUS KAKI POTONG JALAN~


Akibat Gatal memotong kenderaan lain, Seorang penunggang motosikal putus kaki kanan manakala rakannya cederah selepas terbabit kemalangan di batu 6, Jln Pantai-Jelebu, Seremban.
Sila berhati-hati di jalan raya, Biar lambat lambat asal selamat, hormat pengguna jalan raya yang lain, ingat orang yang tersayang.

SUMBER

[NGERI] NOW! 3 FOTO SADIS ~PEMANDU BAS RAPID DITIKAM~NANYA..

[NGERI] NOW! 3 FOTO SADIS ~PEMANDU BAS RAPID DITIKAM~NANYA..




Pulau Pinang, Relau - Seorang Pemandu Bas Rapid malang apabila seorang wanita kurang siuman bertindak mengamuk dalam bas lalu menikam pemandu dengan pisau sehinggah berlumuran darah.

Kes ini seterusnya diserahkan kepada pihak polis pulau pinang untuk mencari gadis kurang siuman itu bagi siasatan selanjutnya.





SUMBER

06 October 2014

[KEJAM] ~RASA2 GADIS CURANG NI HIDUP KE MATI..??~PISAU MELEKAT KERJA BF.

[KEJAM] ~RASA2 GADIS CURANG NI HIDUP KE MATI..??~PISAU MELEKAT KERJA BF. 



Gadis Curang Diserang Teman Lelaki.

Brazil;- Meskipun kepala tertusuk dengan pisau namun Alcileide Rodrigues dos Santos masih hidup ketika dia ditemui oleh polis dan sempat memaklumkan siapa dalang yang bertanggungjawab melakukan demikian kepadanya.

Pisau itu tertusuk beberapa inci ke dalam tengkoraknya dan dia ditemui sedang duduk di kerusi panjang di bandar San Perdo.


Ketika ditemui, Alcileide memberitahu polis bahawa bekas teman lelakinya yang berusiah 19 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan terhadapnya.

Jelasnya,dia deserang oleh lelaki berkenaan pada pukul 5pm ketika dia menjamu selera di sebuah kedai makan bersama-sama dengan lelaki lain dikataka kekasih gelapnya.

Alcileide kini sedang menjalani rawatan pemulihan dan polis sedang menjalankan siasatan berhunungan kes berkenaan.

Suspek kes itu bagaimanapun melarikan diri dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

SUMBER

[KEJAM ~MAYAT DIIKAT BERSAMA MOTOR YAMAHA LC DALAM SUNGAI TIMUN,REMBAU~

[KEJAM ~MAYAT DIIKAT BERSAMA MOTOR YAMAHA LC DALAM SUNGAI TIMUN,REMBAU~



Mayat seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh telah ditemui terapung dan diikat bersama motosikal di Sungai Timun, Rembau semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif menyatakan mayat tersebut itu ditemui terapung di sungai itu oleh orang ramai sekitar jam 5.30 petang.

Pemeriksaan polis mendapati mayat itu disumbat ke dalam guni plastik berwarna putih menutupi kepala sehingga lutut manakala kakinya diikat serta dibiarkan terjulur keluar.

Mayat itu turut diikat menggunakan wayar berwarna hijau bersama-sama dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.

“Setakat ini kita masih tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada pengenalan diri dijumpai bersama-samanya.

Polis masih menyiasat punca serta motif pembunuhan itu,” katanya.
Menerusi keadaan mayat yang sedang dalam proses pereputan, mangsa berkemungkinan telah meninggal dunia dalam tempoh kurang seminggu.

Mayat mangsa berjaya diangkat dan dikeluarkan ke jalan utama dengan bantuan pihak bomba dan dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

SUMBER

05 October 2014

[VIDEO] ~QISAS ~POTONG TANGAN AKIBAT MENCURI~ TAJAM & CEPAT

[VIDEO] ~QISAS ~ POTONG TANGAN AKIBAT MENCURI~ TAJAM & CEPAT 




Qisas berasal dari kata perbuatan . Dari segi bahasa mempunyai beberapa makna. Ada kalanya bererti “mengikut” seperti dalam Surah al-Qasas (ayat 11) “dan Ibn Musa berkata kepada saudara Musa yang perempuan. Kau ikutlah dia” dan dalam Surah al-Kahfi (ayat 64) “lalu kedua-duanya kembali mengikuti jejaknya tadi.” Selain dari itu boleh diertikan sebagai “memotong atau menggunting” seperti dalam ayat “Qassa al-Sh’ar,” menceritakan seperti dalam ayat “ia menceritakan khabar kepadanya” dan juga boleh membawa makna persamaan.

Di antara makna-makna di atas, maka qisas yang bererti “mengikut” dan “menyamai” adalah yang paling hampir kepada maksud qisas dari segi istilah syara’, di mana orang yang melakukan jenayah bunuh atau mencederakan anggota tubuh badan akan diikuti dengan hukuman yang menyamai dengan jenayah yang dilakukan, iaitu jika seseorang itu melakukan jenayah bunuh akan dijatuhkan hukuman bunuh atau jika seseorang itu umpamanya memotong kaki orang, dia juga akan dihukum potong kakinya dan begitulah seterusnya.

Menurut istilah syara’ pula qisas adalah satu jenis hukuman yang termasuk dalam kategorihudud, iaitu suatu hukuman yang telah ditetapkan syara’ melalui nas-nas al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak-hak anak Adam atau hak individu seperti jenayah bunuh dan mencederakan anggota tubuh badan.



             CLICK VIDEO DIBAWAH



SUMBER
#WALLAHUA'LAM

04 October 2014

[VIDEO] TAKOT ~LAGI PASANGAN KANTOI MELEKAT BERxxxx~ PENGAJARAN =(

[VIDEO]NGERI~LAGI PASANGAN KANTOI MELEKAT BERxxxx~ PENGAJARAN =(





JAUHILAH ZINA.. BERTAUBATLAH  =(


        SILA CLICK VIDEO DI BAWAH




KEJADIAN DI LUAR NEGARA

SUMBER
#PENGAJARAN BG KITA SEMUA

VIDEO[NGERI] ~KEJADIAN MEMILUKAN TERAKAM DI CCTV LIF~

VIDEO[NGERI] ~KEJADIAN MEMILUKAN TERAKAM DI CCTV LIF~



         SILA CLICK VIDEO DI BAWAH



SUMBER

[SEDIH SGT] ~ARWAH MASIH BERNAFAS, MENGERANG & CUBA BANGUN KETIKA DIPANGGIL IBUNYA~ PUTRAJAYA

[SEDIH SGT] ~ARWAH MASIH BERNAFAS, MENGERANG & CUBA BANGUN KETIKA DIPANGGIL IBUNYA~ PUTRAJAYA




Arwah Masih Bernafas, Mengerang & Cuba Bangun

"Ketika di pangkuan saya, arwah masih bernfas dan mengerang kesakitan, malah arwah juga dilihat cuba bangun selepas nama dipanggil ibunya," kata Razali Hassan, saksi awal kejadian kanak-kanak berusia enam tahun, Megat Arif Hussein Megat Irwan yang maut selepas terjatuh dari tingkat 13 kuarters penjawat awam, di Putra Jaya malam kelmarin.


Dalam kejadian jam 11.30 malam di kuarters perumahan Penjawat Awam Presint 5 itu, mangsa dikatakan memanjat keluar tingkap bilik di rumahnya sebelum terjatuh di laluan masuk tempat letak kereta di tingkat bawah bangunan 14 tingkat itu.

Mangsa yang parah di kepala dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya bagi mendapat rawatan awal sebelum disahkan meninggal dunia jam 2.30 pagi semalam.

Razali yang juga anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh anak lelakinya, Muhamad Helmi, 20, sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan memangku arwah.



Beliau berkata, arwah pada ketika itu sedang mengerang kesakitan dan tidak mampu bercakap apa-apa malah, dia sendiri tidak mampu berbuat apa-apa kecuali memangku kepala arwah di ribanya.

"Saya hanya mampu membacakan surah al-Quran kepada arwah sementara menunggu ambulans tiba. Air mata saya mengalir apabila melihat arwah cuba bangun biarpun dalam kesakitan dan kecederaan sebaik mendengar nama dipanggil ibunya yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian.

SUMBER

03 October 2014

INFO TERNOW [SEDIH SGT] 3 FOTO OWNER DAN BETINA~PUNCA SEBENAR ~LUAHAN BAPA MANGSA YG PANAS MEMUNCAK MENUNTUT KEADILAN~

INFO TERNOW [SEDIH SGT] 3 FOTO OWNER DAN BETINA~PUNCA SEBENAR ~LUAHAN BAPA MANGSA YG PANAS MEMUNCAK MENUNTUT KEADILAN~





Luahan Bapa Mangsa, Sedih Lihat Mayat Anak Di Kerumuni Semut

"Saya dapati bibir dan muka anak saya biru, pucat manakala, badannya pula sejuk serta tidak bernyawa lagi. Lebih mengejutkan, saya melihat banyak semut di keliling anak saya," kata Muhamad Zamri Anuar, 35, bapa kepada Nur Imna Khalisa, bayi berusia tiga bulan yang dilaporkan meninggal dunia di Taska Permata Bonda, Presint 11, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang kelmarin, Muhamad Zamri bersama isteri Nafisah Ahmad Jauhar pergi ke pusat asuhan yang terletak di sebelah blok kuarters kediamannya bagi mengambil anaknya itu.

Muhamad Zamri berkata, isterinya keluar dari kereta bagi mengambil Nur Imna Khalisa di pusat asuhan itu sementara dia bersama anak sulung menunggu di tempat letak kereta sebelum isterinya keluar seketika kemudian dan memaklumkan arwah sudah meninggal dunia.

PUNCA SEBENAR



Menurutnya, dia terus bergegas ke pusat asuhan berkenaan sebelum mendapati arwah telentang tidak bernyawa di atas katil bayi.

“Saya ada tanya pengasuh di pusat asuhan itu mengenai apa yang berlaku namun tiada jawapan sebaliknya mereka juga terkejut dengan kejadian menimpa anak kami,” katanya.

“Saya kemudian bergegas membawa arwah ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sebelum pemeriksaan lanjut mendapati arwah sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, arwah berada dalam keadaan sihat ketika di hantar ke pusat asuhan berkenaan pagi kelmarin dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Untuk info, ini bukanlah kali pertama kes melibatkan keselamatan bayi di Taska Permata Bonda, Presint 11. Sebelum ini terjadi kes seorang kanak-kanak dilempang dan dilempar oleh pengasuh. Namun aduan oleh keluarga tersebut tidak mendapat sebarang reaksi hinggalah kejadian terbaru yang melibatkan nyawa. Sedikit gambar dan info dibawah mengenai Taska Permata Bonda....



Laporan dari bapa mangsa

Pemilik Taska Permata Bonda, Noraini binti Mat.

SUMBER

02 October 2014

[MENYAYAT HATI] ~LAGI BUDAK JATUH DI PUTRAJAYA DARI KUARTERS~

[MENYAYAT HATI] ~LAGI BUDAK JATUH DI PUTRAJAYA DARI KUARTERS~




Budak 6 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat13 

 Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 kuarters kakitangan awam 5R2, Presint 5, tengah malam tadi.


Megat Arif Hussein Megat Irwan ditemui tidak sedarkan diri selepas jatuh dari tingkat 13 kuarters berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.

Difahamkan ketika kejadian, Megat Arif Hussein sedang tidur seorang diri di dalam bilik, manakala bapanya turun ke tempat letak kereta untuk mengambil ibunya yang berkerusi roda.

Mangsa dikatakan terjaga ketika itu dan ke balkoni berkenaan sebelum terjatuh.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya sebelum menjalani proses bedah siasat di hospital sama pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

SUMBER

[SADIS] 2FOTO ~2 PEKERJA SYABAS TERTIMBUS~

[SADIS] FOTO ~2 PEKERJA SYABAS TERTIMBUS~



2 Pekerja Syabas Nyaris Maut Tertimbus Tanah 

Dua pekerja kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) nyaris maut apabila tertimbus dibawah timbunan tanah dalam kejadian di Damansara Damai berhampiran Stesen Petronas, semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu, kedua lelaki terbabit dipercayai sedang melakukan kerja-kerja galian untuk menggantikan paip air di kawasan terbabit.

Selepas selesai menggali tanah terbabit, kedua lelaki itu masuk ke dalam lubang berkenaan sebelum tiba-tiba tanah yang dikorek itu runtuh dan menghempap kedua pekerja itu.

Salah seorang mangsa warga tempatan berusia 42 tahun yang tertimbus sehingga paras pinggang terus memanggil empat lagi rakannya sekerja yang turut berada dilokasi kejadian untuk meminta bantuan.

Seorang daripada mangsa warganegara Bangladesh berusia 27 tahun terbabit tertimbus sehingga paras dada mengakibatkannya mengalami sesak nafas.

Ketua Operasi Bomba Sunit Khadiran berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.55 petang dan mengerahkan sebuah jentera serta enam anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya pasukan bomba ke lokasi kejadian, kedua mangsa sudah berjaya dikeluarkan oleh rakan sekerjanya.

SUMBER