05 October 2014

[VIDEO] ~QISAS ~POTONG TANGAN AKIBAT MENCURI~ TAJAM & CEPAT

[VIDEO] ~QISAS ~ POTONG TANGAN AKIBAT MENCURI~ TAJAM & CEPAT 




Qisas berasal dari kata perbuatan . Dari segi bahasa mempunyai beberapa makna. Ada kalanya bererti “mengikut” seperti dalam Surah al-Qasas (ayat 11) “dan Ibn Musa berkata kepada saudara Musa yang perempuan. Kau ikutlah dia” dan dalam Surah al-Kahfi (ayat 64) “lalu kedua-duanya kembali mengikuti jejaknya tadi.” Selain dari itu boleh diertikan sebagai “memotong atau menggunting” seperti dalam ayat “Qassa al-Sh’ar,” menceritakan seperti dalam ayat “ia menceritakan khabar kepadanya” dan juga boleh membawa makna persamaan.

Di antara makna-makna di atas, maka qisas yang bererti “mengikut” dan “menyamai” adalah yang paling hampir kepada maksud qisas dari segi istilah syara’, di mana orang yang melakukan jenayah bunuh atau mencederakan anggota tubuh badan akan diikuti dengan hukuman yang menyamai dengan jenayah yang dilakukan, iaitu jika seseorang itu melakukan jenayah bunuh akan dijatuhkan hukuman bunuh atau jika seseorang itu umpamanya memotong kaki orang, dia juga akan dihukum potong kakinya dan begitulah seterusnya.

Menurut istilah syara’ pula qisas adalah satu jenis hukuman yang termasuk dalam kategorihudud, iaitu suatu hukuman yang telah ditetapkan syara’ melalui nas-nas al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak-hak anak Adam atau hak individu seperti jenayah bunuh dan mencederakan anggota tubuh badan.



             CLICK VIDEO DIBAWAH



SUMBER
#WALLAHUA'LAM

No comments:

Post a Comment