[TERBAIK] ~SANGKAR SEMBELIHAN HIDRAULIK, 10 MINIT SIAP!~
Sangkar berkenaan yang melalui proses inovasi disumbangkan oleh Taman Teknologi Malaysia (TPM) dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) pada Mei lalu sebelum digunakan penduduk untuk aktiviti korban yang hanya mengambil masa 10 minit bagi menumbang dan menyembelih setiap ekor lembu.
Menurutnya, apabila menggunakan sangkar sembelihan hidraulik bernilai RM20,000 berkenaan, proses sembelihan menjadi lebih mudah dan cepat sekali gus mengurangkan risiko kecederaan sama ada kepada manusia atau ternakan selain dapat mengurangkan tekanan pada haiwan terbabit.
Sebelum ini, kami mengalami masalah untuk menguruskan program ibadah korban kerana memerlukan masa antara 30 minit hingga satu jam selain memerlukan ramai tenaga kerja hanya untuk membaringkan seekor lembu sebelum disembelih tambahan pula jika lembu itu sukar dikawal.
SUMBER
No comments:
Post a Comment