[TERBAIK] ~BAKAL SUAMI SHARIFAH SAKINAH~NIKAH MAC DEPAN~
Sharifah Sakinah telah mengesahkan akan melangsungkan pertunangan pada 25 Oktober ini dengan Aliff Adha manakala pernikahan Mac tahun depan.
Tahun depan genap setahun usia percintaan Sakinah dengan jejaka bekerjaya sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan itu.
"Majlis pertunangan akan diadakan sebelah petang di Melawati, Insya-Allah kami merancang untuk bernikah pada Mac tahun depan.
"Saya sudah bersedia ke arah itu. Alhamdulillah, saya pun sudah stabil daripada segi kewangan dan emosi.
"Dia pun bekerjaya. Keluarga pun memberi restu hubungan kami untuk hidup bersama,"
Ditanya mengenai Aliff, Sakinah menyifatkan jejaka yang berjaya menawan hatinya itu sebagai seorang yang cukup ringkas.
"Dia tak banyak hal, jenis tak kecoh. Pendek kata dia selamba. Malahan tak ambil tahu langsung fasal industri seni," katanya.
SUMBER
No comments:
Post a Comment