[SEDIH] ~SIAPA BOLEH BANTU KAKAK NI, DBKL TELAH POTONG BEKALAN AIR RUMAHNYA~ =(
Saya tak mampu nak bantu, siapa yang boleh bantu harap SMS/Whatsapp saya Hj Rozmal di 012-2267406, saya akan beri nama dan nombor telefon Kak F ini.
****************
Assalamualaikum.
Tuan Rozmal,
Kak F adalah seorang yang menghadapi kesusahan buat masa ini. Tak tahu kemana nak mengadu, dah usahakan pelbagai cara dan ikhtiar dimana2 sahaja, akan tetapi tak berhasil.
Diharap tuan bacalah permasahalahan yang Kak F tuliskan di bawah ini, dan Kak F harap tuan dapat membantu.
Buat masa ni, paip air telah di kunci pada pagi tadi jam 10 pg ( 1 Okt 2014). Segala kerja2 rumah xdpt di teruskan kerana tiada air. Apatah lagi kalau nak mengerjakan amal ibadat. Kak F dah buntu untuk mencari penyelesaiannya. Kak F telah memohon pada pej KWSP untuk keluarkan wang simpanan account 2, tapi pihak KWSP mengatakan tidak ada prosediur yang boleh ber buat demikian.
Kak F hanya menunggu masa nak keluarkan wang KWSP selama 7 bulan sahaja lagi. Sekiranya ada cara2 atau ikhtiar tuan untuk membantu Kak F, Kak F berjanji akan membayarkan kesemua wang itu apabila sampai bulan April 2015.
Kak F sanggup menandatangi apa saje surat perjanjian asalkan Kak F dapat segera pinjaman ini untuk melunaskan tunggakan sewa rumah yang sedia ada ini. Kalau boleh sebelum hari raya a.adha ni. Tapi kalau xdapat waktu itu pun x apa. Asalkan Kak F dapat segera bantuan ini untuk memasang semula paip air yang di kunci.
Kak F mempunyai sebuah rumah peninggalan arwah bapa di kampong di ….... Tapi rumah itu telah pun di berikan kepada …...... untuk dijadikan madrasah bagi mengendalikan kegiatan 2 amal seperti majlis ilmu, pengajian belajar Al-Quran sera kelas fardhu ain dan sebagainya. Kak F tidak mengenakan sebarang bayaran sewa kerana nak membantu sahabat2 kita utk melakukan kerja2 amal. Tapi Kak F tak tergamak untuk meminta tolong dari mereka kerana kekurangan yang ada pada sahabat2 kita. Cuma di minta sedekahkan bacaan Yasin setiap kali memulakan majlis ilmu, kepada arwah2 ibubapa akak.
Diharap tuan rozmal dapat hilightkan masaalah Kak F ini kpd sesiapa saje yang sudi membantu akak dengan segera. Kak F amat memerlukan bantuan ini di segerakan memandangkan masaalah ketiadaan air ini amat merumitkan sesiapa saje yang berada di tempat Kak F.
No comments:
Post a Comment