02 October 2014

[PANAS] ~RITA RUDAINI DAKWA GAJI AIDIL ZAFUAN TIDAK BAYAR NAFKAH TAPI MERCEDES CLS350 YES..?~

[PANAS] ~RITA RUDAINI DAKWA GAJI AIDIL ZAFUAN TIDAK BAYAR NAFKAH TAPI MERCEDES CLS350 YES..?~


Tindakan Rita Rudaini mendakwa Aidil Zafuan tidak memberi nafkah yang sepatutnya telah membuatkan konflik antara mereka berlarutan.

Seperti yang dilaporkan oleh Siakapkeli sebelum ini yang Aidil Zafuan mendakwa tuntuan nafkah yang dibuat oleh rita yang berjumlah lebih RM300,000 itu tidak munasabah.

Bagaimanapun baru-baru ini Rita telah mendedahkan pendapatan bulanan bekas suaminya itu adalah berjumlah RM50,000 sebulan menunjukkan yang Aidil mampu untuk membayar jumlah nafkah yang dituntut tersebut.

“Beliau (Aidil) pernah memaklumkan kepada saya bahawa dia memperoleh pendapatan lebih daripada RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Takzim (JDT) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Lagi menurut Rita, selain daripada pendapatan yang besar Aidil juga mampu memiliki sebuah kereta mewah iaitu Mercedes CLS350 dan motosikal berkuasa tinggi Ducati Monster.

Rita juga memberitahu yang Aidil telah gagal membayar sebarang nafkah bermula dari January 2012 sehingga Ogos tahun lalu iaitu semenjak mereka bercerai dan sepanhang tempoh 20 bulan tiada wakil dari pihak Aidil yang datang untuk memberikan nafkah tersebut kepada beliau.
SUMBER

No comments:

Post a Comment