[KES TERBARU] ~ISTERI SERIK TABIAT SEKS PELIK, BERSUAMI SETAN~
KUALA LUMPUR: Tabiat pelik seorang lelaki yang gemar melihat isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain di hadapannya akhirnya terbongkar selepas wanita terbabit yang tidak tahan diperlakukan sedemikian nekad membuat laporan polis.
Wanita berusia 28 tahun yang sedang sarat mengandung sembilan bulan itu membuat keputusan melarikan diri dari kediamannya di Taman Daya, Kepong di sini dan membuat laporan polis selepas menerima panggilan dari suaminya kira-kira jam 10.30 malam pada ketika itu, ketika suaminya mengarahkan bersiap sedia untuk melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki warganegara Bangladesh yang akan dibawa pulang pada malam itu.
Mangsa yang berniaga baran permainan kanak-kanak di sebuah pasar raya di Selayang itu mendakwa suaminya sudah beberapa kali memaksanya melakukan hubungan seks dengan lelaki Bangladesh terbabit dengan alasan untuk suka-suka dan lebih terangsang apabila melihat aksi isterinya melakukan aksi depan matanya sendiri. Kali terakhir beliau diperlakukan demikian pada julai lalu ketika dia sarat mengandung tujuh bulan.
Menurut sumber, suami wanita terbabit yang berusia 34 tahun ditahan sejurus polis menerima laporan dan kini direman selama tujuh hari bagi siasatan dilakukan.
SUMBER
No comments:
Post a Comment