07 October 2014

[DASYAT] ~NAMA PALING PANJANG DAN POPULAR DI MALAYSIA~

[DASYAT] ~NAMA PALING PANJANG DAN POPULAR DI MALAYSIA~



Putrajaya: Nur Fathaniah Tarimah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam diiktirafkan nama terpanjang pernah didaftarkan di Jabatan Pendafteran Negara (JPN)

Nama penuh itu diumumkan Ketua Pengarah Pendafteran Negara Datuk Sulaiman*****ketika berucap pada Hari Pendaftaran dan Hari Inovasi 2014 di Ibu Pejabat JPN, di sini, semalam.

Didaftarkan, pemilik nama terpanjang di Malaysia itu masih menuntut di sebuah sekolah rendah dan berusia lapan tahun.

Dalam pada itu, sulaiman berkata, nama terpanjang itu adalah antara maklumat menarik yang pernah dikendalikan JPN sejak beroperasi pada tahun 1948.

"Mungkin ramai yang tidak tahu, namun in (nama terpanjang) adalah antara maklumat menarik seperti nama yang paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini.

"Suka untuk saya kongsikan dengan semua pada majlis hari ini (semalam) mengenai keunikan yang ada pada JPN," katanya ketika berucap di hadapan lebih 400 hadirin.

Majlis Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 itu disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Dattuk Seri Dr Wan Junaisi Tunku Jaafar.

Hadir sama, Ketua Setiusaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff.

Sulaiman berkata, selain nama unik itu, rekod JPN turut menunjukkan nama paling popular yang digunakan di Negara ini adalah Ahmad Seramai 63,049 orang diikuti Alex 16,992 dan Ravi 10,866.

SUMBER

No comments:

Post a Comment