[SADIS] 3FOTO~Penjenayah Bersenjata Api Berjaya Ditangkap Di Kota Marudu~Pecah Kepala
Sabah; Dua leleki yang dikatakan merompak dan mengugut seorang wanita dengan senjata api di beluran baru-baru ini telah berjaya ditahan oleh anggota polis di daerah Kota Marudu Sabah.
Menurut seorang wanita bernama Hadijah Binti Djamaruddin p/35, Bugis. membuat laporan di balai polis Sandakan setelah kejadian berlaku. Katanya dia menaiki sebuah kenderaan proton persona kelabu No.SD8100J, yang disangkakan kereta sapu di kawasan tersebut, tetapi malangnya dia diugut agar memberikan barang kemasnya kepada pemandu tersebut.
Suspek mula dikesan di jalan beluran dan pihak polis membuat sekatan namun terlepas kerana mangsa mengundurkan kenderaan dan membelok ke Luang Manis untuk mengelak sekatan Polis Trafik lalu mangsa terus ke arah jalan telupid.
Dengan bantuan infomasi orang awam, mangsa dapat dikesan bahawa mereka berada di daerah kota marudu, sekatan dilakukan namun mangsa cuba melarikan diri dengan memandu terlalu laju sehinggah kenderaan mangsa terbabas menyebabkan kedua-dua mangsa tersebut dapat ditangkap.


No comments:
Post a Comment