[PANAS] ~SAYA MASIH MEMPUNYAI SUAMI~SYURA
Kata Syura menerusi Harian Metro hari ini:-
Perkara (bakal bercerai) itu masih dalam perbincangan antara saya, suami dan keluarga. Setakat ini, belum ada apa-apa kata putus. Apa yang saya boleh cakap kami belum sampai ke tahap pergi mahkamah. Failkan kes itu tak berlaku langsung. Saya boleh sahkan saya masih mempunyai suami.
Tak ada apa-apa berlaku lagi. Saya dan suami masih okey dan bersama. Cuma adat dalam berumah tangga takkan semuanya manis saja. Saya agak pelik dan terkejut macam mana cerita ini boleh terkeluar tapi sebagai artis, saya faham dan sedar orang nak tahu kisah kehidupan kita.
Cuma saya tak nak ia terlalu disensasikan sebab orang luar hanya boleh menilai saja. Yang tahu cerita sebenar hanya kami sekeluarga.
Alhamdulillah, syukurmendengar perkhabaran gembira ini. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh itu perkara biasa. Kalau tak gaduh itu yang tak normal. Semoga ikatan kekeluargaan antara Syura dan suami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.
SUMBER
No comments:
Post a Comment