26 August 2014

~[PANAS] ORANG KAYA NAK BELI JULIA?? BIADAP..!

~[PANAS] ORANG KAYA NAK BELI JULIA?? BIADAP..!




Pelakon Julia Ziegler berang di laman Instagram dengan sikap lelaki buaya darat yang sering mengganggu dirinya dengan menggunakan wang dan kedudukan.


Menyifatkan dirinya bukan untuk dijual, Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 30, berkata, tujuan sebenar dia memuat naik gambar beberapa lelaki adalah untuk memberi kesedaran kepada para wanita untuk lebih berwaspada.


“Saya sangat tidak setuju apabila ada orang yang nak beli kita dengan duit sebab saya mampu cari duit untuk diri saya sendiri”, ujarnya ketika ditemubual wartawan h live!


Pelakon filem ‘Jangan Tegur’ ini juga melahirkan kebimbangan terhadap situasi yang dihadapinya kerana ada di antara mereka tidak kenal erti putus asa demi mendekatinya.


“Masih ada lagi sesetengah pihak yang mengganggu saya sejak dari tiga tahun lepas dan cuba menghubungi saya dengan menawarkan macamcam hanya untuk keluar dengannya. Kami sebagai selebriti juga ada maruah”.


“Pelbagai tawaran diberikan kepada saya seperti menjadikan saya isteri ketiga malah ada yang menawarkan saya sebanyak 30 ribu ringgit hanya sekadar untuk keluar minum bersama saya,” tegas Julia.

No comments:

Post a Comment