Kilafairy Gedik..??
Kilafairy tak mahu watak gedik, menggoda.??Kilafairy tak mahu lagi menerima watak-watak gedik mahupun wanita penggoda dalam usaha meningkatkan lagi keupayaan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Kilafairy melihat kemampuannya harus diuji untuk melakonkan watak-watak berat dan lebih serius.
"Saya enggan membawa watak-watak seperti penggoda, gedik dan seksi, kalau boleh biarlah watak yang berat dan mampu membuktikan bakat saya. Saya tidak mahu penonton melihat saya hanya sebagai perempuan seperti itu sahaja," katanya.
Dia juga akan hanya menerima tawaran yang benar-benar mampu mengangkat namanya sama ada dalam bidang lakonan atau nyanyian pada masa akan datang.
"Saya senyap daripada industri bukan kerana tiada tawaran, sebaliknya sengaja mencari peluang lain yang benar-benar baik untuk kerjaya saya.
No comments:
Post a Comment