” Kami Tak Bersalah, Ia Tidak Adil Buat Kami ” – McDonalds
KUALA LUMPUR – McDonald’s Malaysia yang kesal kerana menjadi sasaran boikot berkata ia tidak pernah menyalur hasil jualan, keuntungan dan francais dari restorannya untuk menyokong sebarang perjuangan politik atau konflik di sebarang kawasan di dunia.
“Sementara kami memahami dan menghormati bahawa tindakan memboikot merupakan keputusan individu, namun kami kecewa McDonald’s Malaysia menjadi sasaran tidak adil,” katanya dalam satu kenyataan.
Ia berkata sesetengah restorannya menjadi sasaran vandalisme sehingga ia terpaksa menutup operasi pada hari berkenaan.
“Realitinya pekerja dan francisor kami tidak membuat sebarang kesalahan dan adalah amat tidak adil kami menjadi sasaran sebegitu rupa,” katanya.
Dilaporkan penyokong Palestin menggunakan media sosial mengajak pemboikotan 24 jam rangkaian makanan segeranya ekoran serangan tentera Israel di Gaza yang mengorbankan hampir 2,000 orang.
McDonald’s Malaysia menegaskan ia tidak menyokong atau memaafkan konflik yang berlaku di Timur Tengah dan seperti rakyat Malaysia yang lain amat bersimpati kepada mereka yang tidak berdosa di Gaza.
Ia berkata ia sentiasa konsisten dan telus dalam menentukan kedudukannya tetapi maklumat yang diberikannya disalah erti oleh sesetengah pihak.
“Mari kita ingatkaan diri kita bahawa kita rakyat Malaysia dan kita berkongsi hubungan yang sama. Kita boleh bersetuju atau tidak bersetuju antara satu sama lain.
“Tetapi yang paling penting, mari kita teruskan untuk berdoa bagi mengakhiri konflik di Gaza dan menjamin keamanan yang berkekalan,” tambahnya. – BERNAMA
PULAK DAH.. BOIKOT JUGAK..
No comments:
Post a Comment