CARA PAKAI KERETA AUTOMATIK yg SEPATOTNYA ! JANGAN MAIN SEBAT JE MACAM HONEY..kiki..
Ingin kongsikan dengan anda mengenai penggunaan gear auto cara yang betul. Kekadang kita pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Ia dapat diagak sebab lampu reverse nyala sekejap.
Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak sahaja)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki
Nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik sahaja)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak
Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. tekan tombol semasa menukar
P & R
R & P
R & N
N & R
D & L/D2
L/D2 & D
2. jangan sesekali tekan antara
N & D
D & N
D & D3
D3 & D
Kalau gear yg jenis ada gigi tu nampak lebih mudah dan selamat. Info ini saya kongsikan kepada anda dari carigold .
# Jika bawa automatik..pastikan kaki kiri rehat..hanya gunakan kaki kanan untuk brek dan tekan minyak..jangan buat hal
No comments:
Post a Comment